KUALA LUMPUR, 12 Februari – Ahli kumpulan nasyid Raihan, Abu Bakar Md Yatim dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara malam tadi akibat serangan jantung.
Menurut sumber AlHijrah Online, beliau dilaporkan stabil selepas menjalani prosedur pembedahan pemasangan sten pada jam 3 pagi tadi selepas jantungnya dikesan mengalami saluran tersumbat.
Abu Bakar kini berada Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan lanjut oleh pasukan perubatan. – NasyidKita
