KUALA LUMPUR, 2 Februari – Keadaan ahli kumpulan Saff-One, Mohd Fuzaimi Mohd Lutfi dilaporkan stabil selepas menjalani prosedur angioplasti dan memasang stent di Hospital Pantai Batu Pahat.
Menurut Qhaleed yang juga ahli kumpulan Saff-One, Mohd Fuzaimi yang juga seorang guru akan bercuti selama enam minggu untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Qhaleed yang berkesempatan melawat di Hospital Pantai menyifatkan Mohd Fuzaimi adalah seorang yang kuat, disamping seorang yang sangat ceria ketika menerima tetamu yang melawatnya.

Qhaleed juga telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia) semasa lawatan tersebut.
Sebelum ini, Mohd Fuzaimi dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi KPJ Batu Pahat akibat serangan jantung sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai bagi mendapatkan rawatan pakar. – NasyidKita
