KUALA LUMPUR, 20 Januari – Konsert #Heart4Muhammad yang bakal berlangsung pada 9 Mei ini di Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya bakal menghimpunkan 7 artis tempatan bagi menjayakan persembahan pada acara tersebut.
Intisor Media Network dalam satu kenyataan memaklumkan, barisan artis yang akan bersama dalam persembahan tersebut adalah kumpulan Intisor, kumpulan Cahaya Hati, Hasnul Diwani, kumpulan Rabithah, D.O, B-Heart dan Yaph.


“Harga tiket bermula dari RM69 untuk kategori Solusi di tempat duduk atas, RM79 (Di Hening Malam), RM89 (Taubat) dan RM99 (Subhanallah),” kata Intisor Media Network menerusi kenyataan di platform media sosial.
Lebih 2,600 tempat duduk yang disediakan untuk penonton yang bakal hadir dan tiket boleh didapati menerusi laman web www.heart4muhammad.com. – NasyidKita
