Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Karyawara
  • ADAM tampil single baharu ‘Percaya’
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

Arif Radzi | NasyidKita 23 September 2025
PERCAYA-ADAM

KUALA LUMPUR, 23 September – Kumpulan ADAM tampil membuktikan kemampuan vokal mereka dengan lagu terbaharu berjudul ‘Percaya’ pada 16 September lalu.

Menurut kumpulan itu, lagu berkenaan membawa mesej ketabahan dan keyakinan dalam menghadapi cabaran hidup. Menerusi penulisan liriknya mengingatkan bahawa setiap ujian tersembunyi hikmah, selain menyeru pendengar agar tidak berhenti berdoa dan berusaha demi mencapai impian.

“Melalui lagu Percaya, kami mahu pendengar rasa ditemani, semangat mereka diangkat, dan yakin bahawa walau apa pun cabaran, tetap ada cahaya di hujung perjalanan,” jelas kumpulan tersebut ketika dihubungi oleh NasyidKita.

Kumpulan ADAM turut melancarkan muzik video rasmi Percaya yang kini boleh ditonton di saluran YouTube .

Kumpulan ADAM merupakan sebuah kumpulan vokal yang dianggotai empat alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak dari awal penubuhannya berpegang pada visi untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberikan inspirasi positif kepada pendengar.

Diterbitkan oleh Soofi Studio dan dihasilkan sepenuhnya oleh Amirul Zahid, Percaya boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.  – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM
Next: Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Berita Lain

al-fateh-aneepfine
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

Arif Radzi | NasyidKita 4 September 2025
dodoian-selawat-ustaz-zoul
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

Arif Radzi | NasyidKita 3 September 2025
ishfa'-lana-hafiz-hamidun
  • Karyawara

Ishfa’ Lana pertaruhan terbaharu Hafiz Hamidun

Arif Radzi | NasyidKita 22 August 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.