Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Siar Raya
  • 20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
carta-ikimfm-2025

KUALA LUMPUR, 22 September – Persaingan Anugerah Carta IKIMfm kembali pada tahun 2025 dengan 20 lagu telah diumumkan akan bertanding di peringkat separuh akhir.

10 lagu yang bakal bertanding ialah lagu Terus nyanyian Simfoni & Ezad Lazim, Khadijah Cinta Dari Syurga (Fine & Munif Hijjaz), Husnul Khatimah (Rabbani), Fatimah (UNIC), Manik-Manik Sejahtera (Rabbani), Malar Hijau (Syed Salahuddin & One Path), Sebarkan Rahmah (Saff One), Hijrah Demi Ilahi (Penyampai Radio IKIM), Bintang (Aeydan) dan Putusnya Butir Tasbihku (Ustaz Tiga Beradik & Fadzli Fareast).

Baki 10 lagu lain ialah Kembalilah nyanyian Fathi Saleem, Yalla Habibi (Halim Ahmad), Taufan Al-Aqsa (Fetya),  Jangan Risau (Aniq Muhai & Adnin Roslan), Asma’ Abu Bakar (Mateen), Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir & Mirwana), Zikir Dikir (Hafiz Hamidun & Halim Yazid), Ulul Azmi (Awla & Jenny Nadhirah Chin), Qanaahku (Anugerah) dan Ketika Hanya Namamu (Halim Ahmad).

Pengumuman lagu yang layak ke separuh akhir diumumkan oleh Penerbit dan Penyampai Carta IKIMFM, Erwan Johari pada siaran 6 September dan 13 September lalu.

Carta IKIMfm telah melalui penilaian daripada undian pendengar selama 160 minggu dan berakhir pada 30 Ogos lalu.

Kali terakhir IKIMfm menganjurkan anugerah untuk penggiat nasyid adalah Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) yang disiarkan secara atas talian, menyaksikan lagu Rahsia Dari Langit ciptaan Along Exists dengan lirik dihasilkan Tinta diangkat sebagai juara. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam
Next: Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

Berita Lain

BAROKAH-AL-QURAN
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025
IKIMFM-AGROBANK-2025
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

Arif Radzi | NasyidKita 23 May 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.