
KUALA LUMPUR, 21 September – Ketika Konsert Intifada Rabbani masih lagi diperkatakan oleh peminat-peminat nasyid tempatan, kumpulan nasyid Inteam pula telah mengeluarkan ‘setlist’ penuh lagu-lagu yang bakal dibawakan pada Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun yang bakal berlangsung pada 28 September nanti.
Menerusi perkongsian di media sosial mereka, 25 lagu yang bakal dibawakan ialah Impian Kasih, Kalimah Cinta, Hembusan Kasturi, Wanita, Ratu Syahadah, Nur Kasih, Setanggi Syurga, Surat Cinta dan Rabiatul Adawiyah.
Lagu-lagu lain ialah Dia Muhammad, Pemergianmu, Tanpamu, Doa Seorang Kekasih, Sentuhanmu, Dia, Damba Kasih, Kias Cinta dan Siti Khadijah.
Selain itu, lagu-lagu seperti Taybah, Ya Rabbi Ya, Harum Setangkai Doa, Selimut Kasih, Solatullah, Kepastian, Selamatkan Dunia, Akrab Persahabatan dan Segenggam Tabah juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut.
Setakat ini, tiada perkongsian berkenaan artis jemputan yang bakal membuat persembahan dalam konsert tersebut.
Menjelang konsert, Spotify juga menyediakan ‘playlist’ yang mengandungi lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam tersebut.
Sebelum ini, tiket konsert yang bakal meraikan ulangtahun ke-25 kumpulan tersebut habis terjual dalam tempoh dua jam selepas jualan dibuka kepada peminat pada jam 3 petang, 22 Mei lalu. – NasyidKita