Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • Percaturan genre rock Hadie menjadi
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025
hadie-talk-to-my-manager-minggu-2

KUALA LUMPUR, 2 September – Percaturan Hadie membawakan lagu Rindu Serindu-Rindunya yang telah digubah semula kepada genre rock memberi tuah kepadanya untuk mendapat kedudukan yang lebih baik berbanding minggu lepas dalam program realiti Talk To My Manager pada Ahad lalu.

Juri tetap, Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim memuji persembahan Hadie yang keluar daripada zon selesa sebelum ini, manakala Datuk Ramli MS memuji tona suara Hadie yang maskulin namun meminta anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad itu berhati-hati dengan gubahan semula yang kelihatan tidak sesuai dengan konsep lagu yang diberikan.

Lebih membanggakan, Ina Naim selaku pengurus dan ibu kepada Hadie telah berjaya mendapat anugerah Most Valuable Manager of The Week yang diundi oleh peminat.

Menerusi anugerah tersebut, Ina mengambil langkah berani untuk mengambil ganjaran ‘peluang kedua’ iaitu peluang Hadie menyanyikan semula lagu tersebut dan mengetepikan dua ganjaran lain iaitu tiada komen daripada juri dan tambahan lima markah untuk persembahan pada malam tersebut.

Berbaki 5 minggu bersiaran di Astro Ria, tiga gandingan yang dipanggil untuk segmen penyingkiran adalah Auddra dan Sharifah Shahira, Athalia dan Sharifah Zarina, dan Ammar dan Ameng. Namun, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu lalu.

Minggu ketiga bakal menyaksikan Hadie akan membawakan tugasan lagu Oh Fatimah nyanyian A. Ramlie dengan tema ‘Rebrand’. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat
Next: 5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

Berita Lain

mualim-muda-2025
  • Skrin

Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025

Arif Radzi | NasyidKita 1 September 2025
hadie-ina-naim-week-1
  • Skrin

Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager

Arif Radzi | NasyidKita 25 August 2025
tilawah-al-quran-kebangsaan-2025
  • Skrin

Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos

Arif Radzi | NasyidKita 14 July 2025

Viral

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24 aim24-inteam 1
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

14 September 2025
Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh al-fateh-aneepfine 2
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

4 September 2025
5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat dodoian-selawat-ustaz-zoul 3
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

3 September 2025
Percaturan genre rock Hadie menjadi hadie-talk-to-my-manager-minggu-2 4
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

2 September 2025
Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat showcase-devotees-2025 5
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

2 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.