
KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kumpulan Najwan daripada negeri Johor dan Soutul Azim (Melaka) berjaya menduduki kedudukan juara Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan (FNKSS) 2025.
Kumpulan Najwan berjaya menduduki kedudukan juara dalam kategori Nasyid Sekolah Rendah manakala Soutul Azim bagi kategori Nasyid Sekolah Menengah.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Wan Hashim Bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Berikut adalah keputusan penuh FNKSS 2025 :
NASYID KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Johan : Najwan (Johor)
Naib Johan : Little Khalifah (Selangor)
Ketiga : Soutul Mustofa (Pulau Pinang)
Keempat : Soutul Najihin New Revolution (Sarawak)
Kelima : Ar Rushdaniah (Perlis)
Anugerah Khas
Lagu Tema Terbaik : Little Khalifah (Selangor)
Lagu Kontemporari Terbaik : Najwan (Johor)
Lirik Tema Terbaik : Little Khalifah (Selangor)
Lirik Kontemporari Terbaik : Najwan (Johor)
Solo Terbaik : Najwan (Johor)
Perkusi Berkumpulan Terbaik : Soutun Najihin New Revolution (Sarawak)
Persembahan Terbaik : Najwan (Johor)
NASYID KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Johan : Soutul Azim (Melaka)
Naib Johan : D’ Unity (Selangor)
Ketiga : Yusran (Terengganu)
Keempat : Anugerah (Kuala Lumpur)
Kelima Al-Intisar (Labuan)
Anugerah Khas
Lagu Tema Terbaik : Munawar (Perlis)
Lagu Kontemporari Terbaik : Yusran (Terengganu)
Lirik Tema Terbaik : Yusran (Terengganu)
Lirik Kontemporari Terbaik : Yusran (Terengganu)
Solo Terbaik : Soutul Azim (Melaka)
Perkusi Berkumpulan Terbaik : Soutul Azim (Melaka)
Persembahan Terbaik : Soutul Azim (Melaka)
Persaingan kumpulan-kumpulan nasyid di FNKSS telah berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam bagi kategori Sekolah Rendah dan Dewan Damar Sari, Kompleks F bagi kategori Nasyid Sekolah Menengah. Bertemakan ‘Adab dan Nilai Pemangkin Generasi Madani’, FNKSS dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. – NasyidKita