Skip to content
31 July 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Lokal
  • Rabbani bakal adakan konsert September ini
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

Arif Radzi | NasyidKita 28 July 2025 1 min read
KONSERT-RABBANI-2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kumpulan nasyid legenda, Rabbani bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar, “Konsert Intifada Rabbani” bagi meraikan penubuhan lebih dua dekad kumpulan itu.

Konsert yang bakal berlangsung pada 20 September ini akan membawa mesej perjuangan dan nilai kemanusiaan, di samping menelusuri perjalanan kumpulan nasyid popular itu. Menerusi durasi dua jam konsert tersebut, peminat akan dibawakan dengan pelbagai segmen-segmen menarik yang akan membawa kenangan peminat nasyid tempatan.

Antara yang bakal menanti penonton konsert adalah segmen penghargaan khas kepada anggota Rabbani yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang dikenang sebagai figura penting dalam dunia nasyid tanah air.

Bakal diadakan di lokasi Idea Live Arena, Petaling Jaya yang dijangka dapat memuatkan tujuh ribu penonton dalam satu masa akan menyediakan kelengkapan teknikal bertaraf antarabangsa dijanjikan dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir. Persembahan mereka turut akan menawarkan elemen visual yang dapat menyentuh hati, terutamanya perjuangan rakyat Palestin.

Konsert berdurasi dua jam itu akan menampilkan 10 buah lagu popular seperti Intifada, Satu Qiblat Yang Sama dan Pergi Tak Kembali, termasuk persembahan khas bersama artis jemputan seperti kumpulan Brothers, Yabang, dan Aeydan.

Tiket-tiket bermula daripada RM150 akan mula dijual secara rasmi pada 31 Julai ini di platform Ticket2U dan Fantopia.io. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Konsert Intifada Rabbani Konsert Rabbani Konsert Rabbani 2025 Rabbani

Continue Reading

Previous: Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

Berita Lain

FNKSS-2025
2 min read
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

Arif Radzi | NasyidKita 27 July 2025
MUNSYID-MALAYSIA-2025-2026
1 min read
  • Lokal

Senarai kepimpinan baharu MUNSYID Malaysia 2025-2026

Arif Radzi | NasyidKita 14 July 2025
hazamin-inteam-munsyid-malaysia
1 min read
  • Lokal

Hazamin Inteam Presiden baharu MUNSYID Malaysia

Arif Radzi | NasyidKita 13 July 2025

Viral

Rabbani bakal adakan konsert September ini KONSERT-RABBANI-2025 1
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

28 July 2025
Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025 FNKSS-2025 2
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

27 July 2025
‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan? BAROKAH-AL-QURAN 3
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

21 July 2025
Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos tilawah-al-quran-kebangsaan-2025 4
  • Skrin

Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos

14 July 2025
Senarai kepimpinan baharu MUNSYID Malaysia 2025-2026 MUNSYID-MALAYSIA-2025-2026 5
  • Lokal

Senarai kepimpinan baharu MUNSYID Malaysia 2025-2026

14 July 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.