Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Lagu Nasyid Terbaik AIM24 bakal terima dana DKK
  • Lokal

Lagu Nasyid Terbaik AIM24 bakal terima dana DKK

Arif Radzi | NasyidKita 4 June 2025
aim24-2025

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24 menyaksikan peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) meningkat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM700,000 di bawah MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi untuk 11 kategori berbanding RM320,000 untuk 4 kategori pada edisi ke-23 penganjurannya pada tahun 2022.

Menerusi 11 daripada 31 kategori yang dipertandingkan pada AIM24, penerima anugerah kategori Lagu Nasyid Terbaik adalah antara yang bakal menerima DKK bernilai RM50,000. Pemenang bagi kategori utama Album Terbaik bakal membawa pulang DKK berjumlah RM200,000.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM 24, Rosmin Hashim berkata, bagi menjamin ketelusan pertandingan, seramai 60 hingga 70 juri bebas akan dilantik merangkumi pelbagai bidang kepakaran, termasuk pakar dalam industri perfileman untuk kategori video muzik.

AIM 24 turut memperkenalkan tiga kategori baharu iaitu Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

Pencalonan AIM24 dibuka bagi lagu dan album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024 menerusi laman web rasmi AIM24. Tempoh pencalonan dibuka 4 Jun dan berakhir pada 4 Julai, jam 5 petang.

AIM24 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bertindak sebagai penyiar rasmi bagi malam anugerah tersebut yang dijangka akan berlangsung pada 13 September ini. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank
Next: Maher Zain kembali dengan Jelajah Asia Tenggara

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.