Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • 112 peserta bakal sertai MTHQK 2025
  • Skrin

112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

Arif Radzi | NasyidKita 28 February 2025
USTAZ-ZAKIY-MTHQK

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Seramai 112 peserta daripada seluruh negeri akan menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H / 2025M yang bakal berlangsung pada 27 April hingga 2 Mei ini.

Menurut sumber berita BERNAMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata majlis akan berlangsung bermula dari jam 9 pagi untuk kategori hafazan Al-Quran, manakala jam 8.30 malam untuk kategori tilawah Al-Quran di Dewan Wawasan 2020, Kangar Perlis.

“Setiap negeri diwakili oleh lapan peserta, iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah Al-Quran manakala enam peserta dalam pertandingan hafazan Al-Quran,” katanya.

Mohd Na’im turut memaklumkan majlis perasmian dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 April ini, manakala majlis penutupan dijangka disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 2 Mei.

Antara yang telah menempah tempat di MTHQK adalah Qari Johor, Ustaz Mohammad Zakiuddin Haji Hanafi dan Qari Kedah, Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin.

Siaran langsung MTHQK akan disiarkan menerusi saluran TV1 RTM, radio RTM, saluran TV Al-Hijrah dan platform digital TV JAKIM. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan
Next: SalamFM perkenal program baharu 2025

Berita Lain

hadie-ina-naim-ttmm
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
hadie-talk-to-my-manager-minggu-2
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.