Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan
  • Lokal

IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan

Arif Radzi | NasyidKita 25 February 2025
MAHABBAH-MADANI-RAMADAN-IKIM

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Pelbagai program khas bersempena bulan Ramadan 1446H akan mengisi platform radio IKIMfm dan media OTT TV IKIM di bawah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kempen bertemakan ‘Mahabbah Madani Ramadan’, antara rancangan menarik yang akan disiarkan menerusi radio IKIMfm seperti Drama Khas Ramadan lakonan Beto Kusyairi dan Wan Sharmila, Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Muhammad Izzan bin Idris al-Hafiz, Kuliah Lima Minit (KULIM) dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta Kapsul Light of Ramadan yang akan disampaikan oleh Dr. Erfino Johari.

Media OTT tvIKIM bakal menampilkan Tadarus Al-Quran dengan penyertaan Albukhary International University, segmen Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Dato’ Badlishah Alauddin, Tips Ramadan bersama Ustazah Farhatul Fairuzah, Chef Joe, dan Irma Hasmie serta tayangan dokumentari khas IKIM Merentas Benua: Uzbekistan.

Sementara itu, Unit Digital IKIM akan menerbitkan audiosiar Sit & Seek Khas Ramadan yang menampilkan tetamu seperti Uncle Kentang, Amoi Baju Merah, dan Diana Amir, dengan fokus khusus kepada ibadah bagi golongan OKU.

Pengumuman rancangan dan segmen tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil di majlis pelancaran kempen di Serasa Garden, Taman Melawati.

Turut berlangsung pada majlis tersebut adalah pelancaran lagu tema Drama Khas Ramadan ‘Sebarkan Cinta’ yang dinyanyikan oleh personaliti IKIMfm iaitu Ahmad Al-Muhsin, Suffian Amrin, Syafiq Salleh, Ustaz Erwan Johari dan Faiz Hj. Othman; serta kumpulan Rabithah dan Aswan Anwar.

Antara figura yang hadir termasuk Ustaz Rozie Rejab, Munif Ahmad (Munif Hijjaz), Azadan Abdul Aziz daripada kumpulan Rabbani dan Zulfadli Mustaza (Afad). – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025
Next: 112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.