Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Dari Meja Editor
  • Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025
  • Dari Meja Editor

Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025

Arif Radzi | NasyidKita 21 February 2025
IFTAR-RUANG-RAMA-2025

Menggunakan aplikasi Waze, saya memandu daripada pejabat saya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ke Wisma Daju 5, Petaling Jaya bagi menghadiri previu Bufet Iftar Ruang Rama 2025 pada 12 Februari lalu. Setiba saya di Ruang Rama, saya dapat melihat kesediaan mereka menerima tetamu yang amat ramai pada malam tersebut, lebih-lebih lagi ramai selebriti dan pempengaruh yang berada di sana.

Tiba sedikit lewat daripada tentatif, ketibaan saya ke ruang dewan diiringi dengan nyanyian lagu Intifada & Ahlan Wasahlan ya Ramadan daripada kumpulan nasyid popular Rabbani yang akan membuat persembahan bermula 4 Ramadan hingga 27 Ramadan nanti.

Disebabkan meja saya berada di aras atas, saya dapat bertemu dengan rakan-rakan munsyid seperti kumpulan Aeydan, Asyraf Azhar daripada kumpulan Fine dan Halim Ahmad. Dapat juga melihat dari jauh penulis portal Munsyeed, Husaini Hussein dan penyanyi Daqmie yang sedang sibuk melayani rakan-rakan.

Walaupun sedikit sesak dengan kehadiran yang dianggarkan 400 orang di dalam dewan, namun kami tetap dapat berbual dan bertanyakan khabar.

Bila tiba di sebuah previu iftar, fokusnya pasti kepada juadah dan hidangan yang bakal dinikmati oleh para pengunjung. Setelah saya puas meneliti hidangan, dapat juga saya mengambil beberapa hidangan untuk dicuba sendiri. Boleh saya katakan, hidangannya amat menyelerakan dan memang kena dengan tema hidangan tradisi serantau. Tetamu perlu cuba kambing golek yang amat menyelerakan!

Sebagai tarikan utama, Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang bulan Ramadan, yang turut melibatkan interaksi dan hiburan mendidik jiwa. Menurut wakil kumpulan tersebut, Azadan bin Abd Aziz, ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi mesej positif melalui muzik mereka.

Sempat juga saya menjengah kemudahan-kemudahan yang ada di Ruang Rama seperti lif, tandas dan surau. Kemudahan yang ada sangat membantu tetamu supaya tidak terlepas melaksanakan ibadah sebelum atau selepas berbuka puasa.

Ruang Rama mengumumkan diskaun RM10 bagi kategori tetamu dewasa dan kanak-kanak bermula dari 12 Februari hingga 25 Februari ini. Selepas daripada tarikh tawaran, harga Bufet Iftar kembali ke harga asal, iaitu RM89 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Harga ini adalah tidak termasuk caj 8 peratus SST.

Ruang Rama juga mengumumkan tetamu Bufet Iftar layak untuk memenangi pakej umrah dan pelayaran Star Cruise menerusi cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh agensi pelancongan The Mahabbah.

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai Bufet Iftar atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi +6012-230 5783 atau tempah di laman web Ruang Rama. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: SalamFM rai ulangtahun ke-16
Next: IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan

Berita Lain

malaysia-nasyidkita
  • Dari Meja Editor

Semarak patriotisme dengan pilihan 5 lagu nasyid

Arif Radzi | NasyidKita 22 August 2025
NASYIDKITA-LOGO
  • Dari Meja Editor

Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024

Arif Radzi | NasyidKita 31 December 2024
SPOTIFY-WRAPPED-2024
  • Dari Meja Editor

Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024

Arif Radzi | NasyidKita 21 December 2024

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.