Skip to content
9 August 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Siar Raya
  • Hari Radio Sedunia pertemukan IKIMfm, Zayan
  • Siar Raya

Hari Radio Sedunia pertemukan IKIMfm, Zayan

Arif Radzi | NasyidKita 13 February 2025 1 min read
SITI-ROHANI-LIN-ARIFFIN

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Hari Radio Sedunia yang diraikan oleh industri penyiaran di Malaysia pada tarikh 13 Februari setiap tahun, disambut dengan meriah pada tahun ini.

Memperlihatkan variasi kandungan menarik oleh stesen-stesen radio kerajaan dan swasta bersempena Hari Radio, dua stesen radio berkonsep Islamik IKIMfm dan Zayan juga tidak ketinggalan mencipta kelainan dengan siaran silang secara langsung pada jam 1.45 petang.

Mewakili IKIMfm, Siti Rohani yang mengendalikan segmen Inspirasi Jiwa pada jam 1 petang hingga 4 petang telah bersiaran hampir 10 minit bersama penyampai segmen Zayan 10-3, Lin Ariffin.

Berkongsi keterujaan bersiaran bersama, kedua-dua penyampai tersebut melihat kedua-dua stesen radio adalah seperti ahli keluarga dan mempunyai matlamat untuk menyampaikan dakwah dan hiburan mendidik jiwa kepada masyarakat.

“Warganet kata IKIMfm dan Zayan adalah pesaing. Sebenarnya tidak.” – Lin Ariffin

Siti Rohani dan Lin Ariffin juga sempat berkongsi berkenaan konsep stesen radio masing-masing serta segmen yang dikendalikan.

IKIMfm merupakan radio Islamik pertama di Malaysia yang bersiaran buat pertama kali pada tahun 2001, manakala ZAYAN telah bersiaran pada tahun 2017. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: IKIMfm Lin Ariffin Lin Ariffin Zayan Siti Rohani IKIMfm Siti Rohani Surani Zayan

Continue Reading

Previous: Razman In Heart meninggal dunia
Next: ‘Di Sisimu’ buat Hazamin Inteam ‘keluar sekejap’

Berita Lain

BAROKAH-AL-QURAN
1 min read
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
1 min read
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025
IKIMFM-AGROBANK-2025
1 min read
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

Arif Radzi | NasyidKita 23 May 2025

Viral

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert konsert-mestica-uitm 1
  • Lokal

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert

8 August 2025
Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung nazrey-johani-2025 2
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

31 July 2025
Rabbani bakal adakan konsert September ini KONSERT-RABBANI-2025 3
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

28 July 2025
Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025 FNKSS-2025 4
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

27 July 2025
‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan? BAROKAH-AL-QURAN 5
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

21 July 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.