Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Amar tawar hadiah keseluruhan pertandingan lebih RM8 ribu
  • Lokal

Amar tawar hadiah keseluruhan pertandingan lebih RM8 ribu

Arif Radzi | NasyidKita 8 February 2025
CEBISAN-KENANGAN-LEGEND

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Penghibur serba boleh, Amar menganjurkan Pertandingan Nasyid Amar bermula 6 Februari hingga 28 Februari ini.

Berkongsi berkaitan pertandingan itu di laman Facebook Amar, pertandingan tersebut terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sama ada solo atau berkumpulan.

Lebih menarik lagi, pertandingan akan diadili oleh juri profesional dan juri awam, meliputi 7 kategori pemarkahan iaitu suara, kreativiti, kualiti video, kualiti audio, penghayatan dan gaya, kekemasan penampilan dan maklumbalas positif daripada orang ramai.

“Kreativiti dan konsep persembahan adalah bergantung kepada peserta, sama ada ingin menyanyi secara kumpulan menggunakan perkusi atau menggunakan ‘minus one’ lagu Cebisan Kenangan Legend yang disediakan. Bermula 2 Mac, pihak penganjur akan memuatnaik video para peserta pertandingan di Facebook dan Youtube Amar,” katanya.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM5 ribu, naib juara sebanyak RM2 ribu dan tempat ketiga sebanyak RM1 ribu. Para peserta yang bertanding akan diberikan saguhati set buku elektronik berharga RM70.

Informasi lanjut berkenaan pertandingan boleh didapati menerusi Facebook Amar.

Lagu Cebisan Kenangan Legend yang dikeluarkan pada Ogos lalu merupakan lagu yang diberi nafas baharu daripada lagu asal yang telah dirakamkan pada tahun 2003. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Video muzik Abu Ubaidah diturunkan platform Youtube
Next: Akaun Instagram milik Rabbani digodam

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.