Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • ‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan
  • Lokal

‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan

Arif Radzi | NasyidKita 2 January 2025
putra-aiman-haikal-iman

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Selepas dua bulan tayangan muzik video lagu ‘Perjalanan’, pendatang baharu industri nasyid, Putra Aiman dan Haikal Iman boleh berbangga dengan jumlah tontonan lagu itu yang mencapai lebih setengah juta di Youtube.

Berita gembira ini diluahkan menerusi Facebook Munif Ahmad pada 31 Disember lalu. Lagu Perjalanan menerima sentuhan Munif Ahmad dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Rata-rata yang menonton muzik video ‘Perjalanan’ memuji jalan cerita muzik video berdurasi 5 minit itu dan berkongsi situasi kehidupan yang sama. Para peminat juga menyifatkan kedua-dua munsyid mempunyai aura luar biasa seperti Munif Ahmad, sambil memuji lirik ‘Perjalanan’ yang menyentuh perasaan.

 

Putra Aiman, 24 dan Haikal Iman, 22 merupakan anak pertama dan kedua pasangan Munif Hijjaz dan isterinya. Putra Aiman adalah bekas penuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam jurusan Perniagaan Digital, manakala Haikal Iman baru selesai menamatkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam jurusan Pentadbiran Diplomatik.

Single Perjalanan dapat ditonton di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel dan di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024
Next: Nana Mahazan ahli baharu ZAYAN

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.