Tentang Kami

NASYIDKITA-LOGO

Assalamualaikum wbt dan selamat datang ke NasyidKita, sebuah portal nasyid yang membawakan perkembangan terkini dari industri nasyid Malaysia dan antarabangsa.

Industri nasyid pernah melalui zaman gemilang yang panjang dengan penampilan munsyid-munsyid dengan revolusi hiburan Islam seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz, yang sebelumnya dipelopori oleh kumpulan Al-Jawaher, Al-Mizan, Nada Murni dan The Zikr dan lain-lain. Kini, irama nasyid terus menerima perkembangan yang memberangsangkan dengan kehadiran munsyid-munsyid baharu dan lagu yang dapat memikat pendengar masa kini.

Oleh itu, menjadi hasrat NasyidKita untuk mengangkat industri nasyid dengan menyampaikan berita dan informasi pantas, tepat dan berwibawa kepada peminat dan pencinta nasyid. Portal ini bukan sahaja berhasrat menjadi sumber informasi, tetapi juga platform untuk meraikan keindahan seni nasyid dan mesej positif dalam karya-karya yang dibawakan oleh munsyid-munsyid Malaysia.

NasyidKita membawakan berita terkini industri nasyid menerusi pelbagai kategori, iaitu Lokal, Antarabangsa, Karyawara, Skrin, Siar Raya dan Dari Meja Editor. NasyidKita juga aktif mengemaskini kandungan di media sosial Facebook dan Instagram agar para peminat nasyid dapat berkongsi dengan para peminat nasyid yang lain.

Adalah menjadi harapan NasyidKita untuk menjadi portal yang mengumpulkan peminat nasyid yang ingin mengikuti perjalanan seni munsyid kegemaran mereka serta mendapatkan inspirasi melalui mesej yang disampaikan.

InsyaAllah, perjalanan NasyidKita yang telah bermula akan membawa pengalaman terbaik untuk anda untuk menghayati keindahan nasyid yang membawa mesej kedamaian, kasih sayang, dan perpaduan.

NasyidKita – Muzik inspirasi kita.