Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • Carta 114 buka undian ‘Lagu Pilihan Peminat’ 2024
  • Skrin

Carta 114 buka undian ‘Lagu Pilihan Peminat’ 2024

Arif Radzi | NasyidKita 17 December 2024
CARTA-114-TVALHIJRAH-2024

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rancangan carta lagu nasyid popular di TV Al-Hijrah, Carta 114, membuka undian bagi kategori ‘Lagu Pilihan Peminat 2024’ selepas siaran musim kedua selama 43 minggu tamat pada 7 Disember lalu. Bertemakan Dakwah Dalam Lagu, rancangan ini berjaya menarik perhatian peminat nasyid selama 43 minggu bersiaran.

Dalam pengumuman yang disiarkan menerusi platform Facebook, Carta 114 memberi peluang untuk undian awal bagi meraikan peminat-peminat untuk mengundi lagu kegemaran mereka.

Carta 114 dengan tema ‘Dakwah Dalam Lagu’ menyenaraikan 48 lagu untuk diundi menerusi platform dalam talian di pautan https://strawpoll.com/3RnYX1blmye. Tempoh undian dibuka sehingga 24 Disember 2024.

Selain kategori Lagu Pilihan Peminat, Carta 114 turut mempertandingkan lima kategori lain iaitu Lirik Terbaik, Muzik Video Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik yang akan dinilai sepenuhnya oleh panel juri profesional. Dua lagi kategori iaitu Artis Solo Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik akan ditentukan menerusi gabungan 70% undian peminat dan 30% penilaian juri.

Semua pemenang kategori ini akan mara ke malam Anugerah Carta 114, di mana mereka akan bersaing bagi merebut tiga anugerah utama, iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik.

Carta 114 bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 6.30 petang. Mengekalkan Jalal Zaiki sebagai pengacara di musim kedua, program ini mengetengahkan hiburan yang dapat mendidik jiwa penonton dan menonjolkan karya-karya yang bermutu khususnya berunsur Islamik dan kerohanian. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Johan Tilawah Al-Quran kini isteri mutawif
Next: Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024

Berita Lain

hadie-ina-naim-ttmm
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
hadie-talk-to-my-manager-minggu-2
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.