
KUALA LUMPUR, 14 Disember – Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut kini bergelar isteri kepada Mohammad Ilham Amri dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pasangan telah dinikahkan oleh abang pengantin perempuan sendiri dan turut disiarkan secara langsung melalui platform TikTok.
Anggun mengenakan busana berwarna putih, Farhatul menerima mas kahwin sebanyak satu dinar emas.
View this post on Instagram
Farhatul yang berusia 24 merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 merupakan personaliti televisyen dan media sosial popular dengan perkongsian kandungan Al-Quran dan gaya hidup. Farhatul juga baru sahaja menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 berlangsung November lalu.
Sementara itu, Mohammad Ilham Amri adalah seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.
NasyidKita ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Farhatul dan suami! – NasyidKita