Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Siar Raya
  • SalamFM perkenal program baharu 2025
  • Siar Raya

SalamFM perkenal program baharu 2025

Arif Radzi | NasyidKita 1 March 2025
SALAMFM JAKIM 2025

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Radio berunsur hiburan Islam dan dakwah, SalamFM bakal memperkenalkan pelbagai program baharu yang akan menemui para pendengar bermula Mac 2025.

Di samping mengekalkan program-program sedia ada, SalamFM akan membawakan program baharu dengan pendekatan yang lebih segar setiap hari.

Lail@Salam akan menampilkan perubahan program dan penyampai, menerusi DJ Arif Radzi mengendalikan program Inklusif Islami pada hari Isnin dan Ejas Bagi Betul (Rabu), manakala DJ Ahnaf akan mengendalikan program Mencari Yang Halal (Selasa) dan Di Sebalik Mata (Ahad). Program baharu Bicara Syariah akan dikendalikan oleh DJ Yus Amri setiap hari Khamis, manakala DJ Farhana akan bersama para pendengar untuk program Salam Tilawah pada hari Jumaat. Program carta lagu nasyid, Carta Salam akan dikendalikan semula oleh DJ Yunie Yunos, bersiaran pada hari baharu, iaitu pada hari Sabtu.

Turut menampilkan perubahan pada Pagi@Salam adalah penyampai jemputan yang akan bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa bersama DJ Yus Amri. DJ Yus Amri kekal mengendalikan segmen pagi tersebut setiap hari Isnin hingga Rabu, DJ Maria (Khamis) dan DJ Sofia (Jumaat hingga Ahad).

Siaran kapsul-kapsul sedia ada seperti Glosari Islam, Lughatul Salam, Nida Ul Islam, Hikmah dan Nur@Salam juga akan terus bersiaran setiap hari dengan membawakan asatizah dan panel-panel pilihan dengan durasi yang ringkas tetapi penuh informasi, di samping kapsul baharu seperti Keluarga Ustaz Aqil (Khamis dan Jumaat) dan Salam Sihat (Sabtu dan Ahad) pada jam 7.25 pagi.

Penyusunan program di SalamFM adalah bagi memberikan kandungan yang berkualiti buat para pendengar yang mendengarkan saluran radio islami itu di seluruh negara dengan slogan ‘Menjana Minda’, di samping menyiarkan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan yang terkini dan terbaik untuk kekal relevan.

SalamFM merupakan radio kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telah bersiaran sejak 2009. Bersiaran setiap hari bermula jam 11 malam hingga 8 pagi, SalamFM boleh didengari menerusi frekuensi 91.1 Mhz di Lembah Klang. Para pendengar juga boleh mendengarkan SalamFM menerusi saluran Astro 875 dan MyTV 706, juga menerusi aplikasi RTMKlik dan pautan https://rtmklik.rtm.gov.my . – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: 112 peserta bakal sertai MTHQK 2025
Next: Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua

Berita Lain

carta-ikimfm-2025
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
BAROKAH-AL-QURAN
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.