Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • ‘Kembali’ juara VIPKI Harmoni 2024
  • Lokal

‘Kembali’ juara VIPKI Harmoni 2024

Arif Radzi | NasyidKita 4 December 2024
VIPKI 2024

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Video pendek ‘Kembali’ yang dihasilkan oleh mahasiswa Al Bukhary International University (AIU) telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) Harmoni 2024 Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 3 Disember lalu.

Juara VIPKI Harmoni 2024 menerima wang tunai RM15,000, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty.

Selain peserta daripada AIU, kumpulan yang berjaya ialah mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berada di kedudukan naib juara dan tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000, manakala 2 kumpulan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 1 kumpulan masing-masing daripada INTI College, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) diumumkan sebagai pemenang saguhati yang membawa pulang  RM1,000 bagi setiap kumpulan.

Juara VIPKI 2024 memenangi wang tunai RM15,000, trofi dan sijil penyertaan

Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah bagi kedudukan juara, naib juara, tempat ketiga dan saguhati VIPKI Harmoni 2024 telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil; Pengerusi FINAS, Dato’ Kamil Othman dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail. Majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran penyampai radio IKIMFM.

Sebanyak 125 penyertaan daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta telah diterima pada VIPKI kali ini dan lapan kumpulan telah mara ke peringkat akhir. VIPKI kali ini mendapat penajaan daripada Yayasan Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Next: ‘Keagungan’ tanpa Hisyam, pertaruhan terbaharu Inteam

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.