KUALA LUMPUR, 14 Disember – XO House Sdn. Bhd. membuka peluang kepada penyanyi nasyid untuk sesi ujibakat pencarian kumpulan nasyid pertama di bawah syarikat itu.
Terbuka kepada semua penyanyi solo dan berkumpulan, XO House memaklumkan mana-mana penyanyi yang berminat boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum perlu hadir pada sesi ujibakat pada 20 Disember ini.
“Pencarian ahli kumpulan nasyid ini adalah terbuka kepada penyanyi lelaki berusia 15 hingga 28 tahun, mempunyai kekuatan vokal dan harmoni, kerjasama yang tinggi serta karektor baik,” katanya menerusi makluman di laman media sosial.
Selain daripada ujibakat pencarian penyanyi nasyid, XO House juga mencari penyanyi, penari dan pempengaruh media sosial pada hari yang sama menerusi ujibakat ‘XO Audition 2.0’ yang berlangsung pada hari dan lokasi yang sama.


XO House merupakan syarikat penerbitan dan rakaman muzik yang mengurus dan mengendalikan bakat-bakat baharu seperti Iman Troye dan Zubir Khan. – NasyidKita
