KUALA LUMPUR, 1 Disember – Setelah 23 minggu bersiaran bermula 10 Mei lalu, program carta nasyid di saluran TV Alhijrah, Carta 114 membuka undian bagi para peminat menentukan lagu-lagu yang akan berada di peringkat separuh akhir.
Menerusi pengumuman yang disiarkan menerusi platform media sosial, 10 lagu akan terpilih daripada 25 lagu yang dicalonkan.
Lagu-lagu yang tercalon bagi menempah slot ke separuh akhir adalah Selagi Ada (Zaidie Wildan), Satu Tubuh (Aniq Muhai), Asma Abu Bakar (Mateen), It’s Okay (Aswan Anwar), Menyerah Takdir (Fathi Saleem), Ketika Hanya NamaMu (Halim Ahmad), Inang Rindu Baginda (Munif Hijjaz), Bila Sudah Jatuh Cinta (Naufal Isa) dan Sebelum Mata Terpejam Selamanya (Yusuf Kassim).
Selain itu, kumpulan Dzikran dengan Taubat Pendosa, As-Siddiq (Fortune), Naratif Terakhir (Ashabul Kahfi), Balaklava (Fetya), Selimut Debu (Dihya), Cerita Cinta Kita (Fine) dan Aisyah Humaira’ (Wildaniey) turut berada di dalam senarai pencalonan.
Persaingan turut menyaksikan Lah Ahmad & Inteam bersaing menempah kedudukan menerusi lagu Kudus Palestin, Rahib & Singa (Rabithah & Fitri Haris), Cinta-Mu (Amer Yusoff, Rahim Inteam & Syed Yassin), Khaybar Ya Yahood (Imagi, Fendi Mojo & Fadzli Fareast), Perjalanan (Putra Aiman & Haikal Iman), Ayah Kau Inspirasi (PU Fendi & Ustaz Nabil Ahmad), Berantakan (Aswan Anwar & Mahdi Rabithah), Jom Solat (UNIC, Aniq Muhai & Naufal Isa) dan Jom Berdoa (Darwish & UNIC).
Undian bagi menentukan kedudukan lagu-lagu tersebut akan ditutup pada 7 Disember ini menerusi pautan undian yang disediakan oleh TVAlhijrah. – NasyidKita
