Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025
  • Skrin

Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025

Arif Radzi | NasyidKita 1 September 2025
mualim-muda-2025

KUALA LUMPUR, 1 September – Setelah ketiadaan program realiti dakwah hampir 10 tahun, Astro Oasis bakal membuka ujibakat sebuah program baharu, Mualim Muda bermula hari ini.

Program yang bakal berlangsung selama 8 minggu bermula 19 Disember ini bakal mengangkat barisan pendakwah pelapis yang mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa.

Peserta bakal dinilai dengan kreativiti, keyakinan dan kemampuan mereka menyampaikan ilmu agama dengan kaedah yang menarik perhatian generasi baharu. Program ini juga bakal melalui cabaran seperti ceramah spontan, penciptaan kandungan digital dan aktiviti bersama masyarakat.

Mualim Muda membuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia, beragama Islam, berumur 18 hingga 35 tahun serta mempunyai asas agama Islam yang kukuh. Sesi ujibakat fasa pertama adalah secara atas talian dengan menghantarkan rakaman video bacaan Surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas menerusi emel atau dimuatnaik menerusi platform Tiktok atau Instagram.

Sebelum ini, Astro pernah menerbitkan rancangan realiti berbentuk dakwah seperti rancangan Imam Muda pada 2010 hingga 2012 selama tiga musim, Pencetus Ummah pada 2013 hingga 2016 selama empat musim, manakala Ustazah Pilihan hanya bersiaran selama satu musim pada 2011. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager
Next: Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

Berita Lain

hadie-talk-to-my-manager-minggu-2
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025
hadie-ina-naim-week-1
  • Skrin

Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager

Arif Radzi | NasyidKita 25 August 2025
tilawah-al-quran-kebangsaan-2025
  • Skrin

Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos

Arif Radzi | NasyidKita 14 July 2025

Viral

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24 aim24-inteam 1
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

14 September 2025
Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh al-fateh-aneepfine 2
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

4 September 2025
5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat dodoian-selawat-ustaz-zoul 3
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

3 September 2025
Percaturan genre rock Hadie menjadi hadie-talk-to-my-manager-minggu-2 4
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

2 September 2025
Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat showcase-devotees-2025 5
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

2 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.