Skip to content
22 June 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Dari Meja Editor
  • Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024
  • Dari Meja Editor

Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024

Arif Radzi | NasyidKita 31 December 2024 5 min read
NASYIDKITA-LOGO

Tahun 2024 mencatatkan perkembangan positif dalam perjalanan industri nasyid menerusi karya-karya berkualiti tinggi sehinggalah kemunculan wajah-wajah munsyid baharu yang membawakan seleksi pilihan yang lebih pelbagai kepada para pendengar. Perkembangan ini adalah seiring dengan persaingan trend muzik tempatan dan antarabangsa.

Namun begitu, perjalanan industri tetap menghadapi gelora yang tersendiri. Adakah industri ini akan kekal relevan untuk tahun-tahun mendatang akibat kebanjiran muzik luar dan penggunaan AI dalam karya-karya baharu?

Dari Meja Editor NasyidKita kali ini akan mengupas perjalanan industri nasyid sepanjang tahun 2024, di antara suka dan duka, cabaran serta masa depan industri nasyid tanah air.

Lagu nasyid berevolusi

Menurut pengulas dan pemerhati industri nasyid, Khairuddin Khalib; lebih 120 buah lagu telah diterbitkan oleh munsyid Malaysia. Lagu-lagu ini termasuklah lagu saduran daripada lagu tempatan dan antarabangsa, tidak kurang juga lagu-lagu popular dan malar segar yang dihasilkan semula.

NasyidKita sentiasa mengemaskini tajuk lagu nasyid terbaharu di bahagian Arkib Nasyid. Bantu kami untuk mengemaskini senarai lagu baharu dengan menghubungi kami!

Ada munsyid yang kekal dengan trademark muzik nasyid sedia ada seperti kompang dan gendang, tidak terkecuali juga mula bereksplorasi dengan ‘bunyi-bunyi’ yang lebih segar dengan memasukkan elemen pop, balada dan rock mahupun penggunaan instrumen baharu.

Sebagai contoh, lagu Antara Dua Cinta daripada The Zikr dan Dunia Indah Bersama daripada Zawfan dan Mirwana mengembalikan kenangan lagu-lagu nasyid tahun 90-an yang begitu kuat. Kekuatan vokal dan harmoni, ditambah dengan penggunaan instrumen yang sederhana menjadikan lagu-lagu ini menjadi istimewa dan santai.

Lagu Ulul Azmi daripada kumpulan AWLA dan kolaborasi bersama penerbit muzik Jenny Nadhirah Chin pula mengeksplorasi roh-roh fantasi ‘ala Disney’ di dalam lagunya, membawa pendengar kepada sebuah perjalanan 5 nabi Ulul Azmi. Dan menariknya, ini merupakan lagu nasyid terpanjang di Malaysia dengan durasi hampir 10 minit!

Di saat artis tempatan yang hanya mengeluarkan lagu single, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun boleh dikategorikan sebagai munsyid yang berani dengan kelahiran Haramain, sebuah album yang mempunyai 10 buah lagu berinspirasikan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Hafiz kelihatan lebih berani dengan eksperimen string muzik Timur Tengah yang sebelum ini mencuba pasaran menerusi lagu Inni Tawakaltu dan Gapura.

Secara keseluruhan, ada karya yang dihasilkan amat berkualiti, tidak kurang juga karya-karya yang dilihat sederhana dari segi lirik dan penyampaian. Ada penasyid yang punya nilai komersial dan sering menghasilkan kandungan di media sosial, dan ada penasyid yang lebih suka kekal underground.

NasyidKini masih melihat kegagalan pasaran besar menerima karya nasyid yang baharu dan masih mendengar lagu-lagu nasyid era 2000. Namun, masalah ini bukanlah sesuatu yang asing kerana pendengar muzik di Malaysia secara keseluruhan masih tersekat dengan lagu malar segar daripada penyanyi kegemaran mereka.

Apa yang penting adalah teknik pemasaran lagu-lagu nasyid juga harus seiring dengan dunia teknologi tanpa menghilangkan roh dan perjuangan nasyid.

NasyidKita tidak mempunyai kesempatan untuk meneroka kesemua munsyid dan lagu-lagu yang dikeluarkan pada tahun 2024 atas kekangan masa, namun mengharapkan ada lagi pengkarya baharu yang akan muncul dan menghasilkan karya yang berkualiti pada tahun 2025. Adakah akan ada yang akan menyinar nanti?

Masih laku konsert nasyid?

Keberanian penganjur-penganjur untuk menjayakan sesebuah program berskala besar seperti konsert perlu diberikan pujian di saat lambakan konsert daripada artis lokal dan antarabangsa yang menjengah pasaran Malaysia tahun ini.

Di samping menggunakan duit poket sendiri, ada juga penasyid yang mendapat Dana Kandungan Digital daripada Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures. Sekurang-kurangnya dana ini dapat membantu penganjur dalam pengurusan kewangan program.

Namun begitu, adakah konsert nasyid di Malaysia masih mempunyai permintaan yang tinggi?

Konsert Zikir Dikir yang berlangsung pada 3 Mei lalu berjaya menarik kira-kira 1,000 penonton di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Konsert yang menampilkan pelantun asal lagu Zikir Dikir, Hafiz Hamidun dan ikon dikir barat Halim Yazid dilihat berjaya atas faktor konsert ini berada di luar Kuala Lumpur. Antara yang turut menjayakan konsert ini adalah Halim Ahmad, Aiman Sidek, Issey Fazlisham, penyampai radio IKIM FM dan kumpulan Dikir Barat Putera Tok Kaya.

Berbeza nasib dengan Konsert 5 Rukun Perjuanganmu yang dijadualkan berlangsung pada 2 November lalu di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang terpaksa ditangguhkan atas faktor yang tidak dijelaskan oleh penganjur. 5 artis yang dijadualkan membuat persembahan adalah kumpulan Rabbani, Inteam, Hafiz Hamidun, Khai Bahar dan Mawi.

Sebuah lagi konsert, Malam Rahmati Melaka yang sepatutnya berlangsung pada 14 dan 15 Disember lalu di Melaka International Trade Centre (MITC) hanya berlangsung untuk satu malam sahaja. Artis-artis yang telah menjayakan konsert ini adalah kumpulan Rabbani, Hijjaz, Affad & Daqmie serta penampilan khas daripada Zamani, Furhan XPose, Yasser Atak, dan Sazali MS. Bilangan penonton pada hari konsert juga tidak didedahkan kepada umum.

Melihat kepada bilangan penonton yang hadir ke konsert-konsert berunsur dakwah seperti yang telah disenaraikan, pastinya ini menjadi cabaran kepada penganjur untuk lebih kreatif terhadap kandungan konsert yang akan disajikan kepada penonton. Tidak boleh mengharap pada magika munsyid di atas pentas, tetapi bagaimana dengan susunan lagu yang akan membantu graf persembahan dan gimik-gimik yang bersesuaian.

Cukup sekadar carta?

Agak lama kita tidak meraikan munsyid dan penasyid di Malaysia. Kali terakhir suatu pengiktirafan diberikan kepada penggiat industri nasyid yang menghasilkan karya berkualiti adalah pada Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) dan Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) pada tahun 2020.

Hanya satu anugerah nasyid yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Anugerah Carta 114 yang disiarkan di stesen TV Al-Hijrah. Lagu Selimut Kasih yang dibawakan oleh kumpulan Inteam telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, serta menerima Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Lagu Terbaik.

Lagu Si Bujur Sirih nyanyian Ustaz Tiga Beradik dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik, manakala Ito Lara diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas.

Anugerah Carta 114 dilihat akan kembali pada tahun hadapan apabila juara kategori pada tahun ini telahpun diumumkan. Apa-apa pun, NasyidKita mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan ke peringkat akhir.

Selain Carta 114, antara carta nasyid yang dapat diikuti oleh peminat nasyid adalah Carta IKIMfm, Carta Nasyid Zayan, Carta Salam di SalamFM dan Carta Nasyid TAWAUfm. Pujian boleh diberikan kepada stesen televisyen dan radio yang masih komited mengkomersialkan lagu-lagu nasyid di stesen masing-masing, namun ia kelihatan tidak mencukupi untuk menghangatkan kembali industri nasyid.

Adakah industri nasyid cukup mempunyai sekadar carta lagu setiap minggu, atau industri ini memerlukan sebuah pertandingan kompetitif yang dinilai oleh juri profesional seperti Anugerah Industri Muzik (AIM)?

Dari Tuhan kita kembali

Di dalam kemeriahan industri muzik tempatan, negara dikejutkan dengan pemergian ramai figura muzik yang berpengaruh seperti tokoh muzik legenda, S. Atan pada 16 November dan Ahmad Nawab pada 24 November.

Peminat industri nasyid juga dikejutkan dengan pemergian Nazrul Azhar Tamrin, ahli kumpulan Rabbani yang meninggal dunia pada 22 Mei di rumahnya di Saujana Utama Sungai Buloh. Beliau meninggal dunia pada usia 47 tahun, meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata.

Sementara itu, ahli kumpulan Alarm-Me, Nordin Jaafar meninggal dunia pada 21 Disember yang lalu akibat komplikasi masalah kesihatan.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NasyidKita dan organisasi secara keseluruhan. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Anugerah Nasyid Malaysia Anugerah Pencinta Nasyid IKIM Carta 114 Carta 114 TV Al-Hijrah Carta IKIMfm Carta Nasyid TawauFM Carta Salam Carta Salam SalamFM Konsert 5 Rukun Perjuanganmu Konsert Rahmati Melaka Konsert Zikir Dikir

Continue Reading

Previous: 7 lagu layak ke Kemuncak Anugerah Carta 114 2025
Next: ‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan

Berita Lain

IFTAR-RUANG-RAMA-2025
2 min read
  • Dari Meja Editor

Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025

Arif Radzi | NasyidKita 21 February 2025
SPOTIFY-WRAPPED-2024
2 min read
  • Dari Meja Editor

Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024

Arif Radzi | NasyidKita 21 December 2024

Viral

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank IKIMFM-AGROBANK-2025 1
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

23 May 2025
Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT 2
  • Lokal

Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua

23 May 2025
SalamFM perkenal program baharu 2025 SALAMFM JAKIM 2025 3
  • Siar Raya

SalamFM perkenal program baharu 2025

1 March 2025
112 peserta bakal sertai MTHQK 2025 USTAZ-ZAKIY-MTHQK 4
  • Skrin

112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

28 February 2025
IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan MAHABBAH-MADANI-RAMADAN-IKIM 5
  • Lokal

IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan

25 February 2025
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.