Skip to content
22 June 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Dari Meja Editor
  • Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024
  • Dari Meja Editor

Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024

Arif Radzi | NasyidKita 21 December 2024 2 min read
SPOTIFY-WRAPPED-2024

Setiap penghujung tahun, Spotify Wrapped menjadi salah satu topik hangat dalam kalangan pengguna platform penstriman muzik Spotify. Bukan sekadar peminat-peminat muzik berkongsikan lagu dan artis kegemaran, Spotify Wrapped juga menjadi ruang bagi artis-artis mempamerkan statistik karya-karya mereka.

Pendek kata, sesiapa sahaja yang menyiarkan lagu-lagu terkini mahupun lagu-lagu malar segar mempunyai potensi untuk melihat perkembangan lagu mereka menerusi Spotify, termasuklah lagu-lagu dalam genre nasyid.

Saya mengambil peluang untuk meninjau Spotify Wrapped munsyid-munsyid Malaysia, dan saya kongsikan beberapa pengamatan menarik untuk dinilai bersama.

Munsyid Malaysia ‘mendunia’

Setakat penulisan ini disiarkan, saya telah mengikuti tiga laporan Spotify munsyid yang telah disiarkan di platform media sosial mereka. Amat menarik sekali apabila ketiga-tiga munsyid ini menunjukkan trend yang baik dari segi jumlah strim, pendengar unik dan senarai negara yang mendengar lagu-lagu mereka.

Kumpulan nasyid Inteam adalah antara yang terawal mempamerkan Spotify Wrapped mereka. Dengan jumlah strim 8.36 juta, bilangan pendengar kumpulan ini direkodkan seramai 991 ribu orang di 163 negara.

Artis solo seperti Hafiz Hamidun juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan keputusan Spotify Wrapped. Seramai 438 ribu pendengar di 148 buah negara telah mendengar karya beliau, dengan jumlah strim sebanyak 5.8 juta. Zikir Astaghfirullah daripada album pertama berkonsep zikir, Zikir Terapi Diri kekal menjadi trek paling popular.

Bazli Hazwan, atau lebih dikenali sebagai Bazli UNIC mempunyai angka yang amat baik tahun ini, dengan jumlah pendengar adalah sebanyak 865 ribu melibatkan 159 buah negara.

Terdapat juga statistik yang dikeluarkan oleh munsyid-munsyid di bawah label Tarbiah Sentap Records seperti Rabithah, One Path dan Syed Salahuddin.

Laporan dan statistik yang dikeluarkan menunjukkan angka-angka yang amat memberangsangkan, disokong kuat dengan kemunculan karya-karya baharu para munsyid serta karya lama yang terus diminati.

Spotify Wrapped amat penting bagi meningkatkan publisiti dan kredibiliti seseorang munsyid, di samping memahami demografi dan pendekatan lagu yang bakal dikeluarkan pada masa hadapan. Jadi, adakah munsyid kegemaran anda telah mengeluarkan Spotify Wrapped tahun ini? – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Bazli UNIC Hafiz Hamidun Inteam One Path Nasyid Rabithah Nasyid Spotify Spotify Wrapped 2024 Spotify Wrapped Nasyid Malaysia 2024

Continue Reading

Previous: Carta 114 buka undian ‘Lagu Pilihan Peminat’ 2024
Next: Nordin Jaafar meninggal dunia

Berita Lain

IFTAR-RUANG-RAMA-2025
2 min read
  • Dari Meja Editor

Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025

Arif Radzi | NasyidKita 21 February 2025
NASYIDKITA-LOGO
5 min read
  • Dari Meja Editor

Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024

Arif Radzi | NasyidKita 31 December 2024

Viral

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank IKIMFM-AGROBANK-2025 1
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

23 May 2025
Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT 2
  • Lokal

Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua

23 May 2025
SalamFM perkenal program baharu 2025 SALAMFM JAKIM 2025 3
  • Siar Raya

SalamFM perkenal program baharu 2025

1 March 2025
112 peserta bakal sertai MTHQK 2025 USTAZ-ZAKIY-MTHQK 4
  • Skrin

112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

28 February 2025
IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan MAHABBAH-MADANI-RAMADAN-IKIM 5
  • Lokal

IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan

25 February 2025
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.