Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025
showcase-devotees-2025

KUALA LUMPUR, 2 September – Showcase Devotees ‘Dulu Kini Devotees’ yang berlangsung di Main Auditorium Universiti Islam Antarabangsa pada 31 Ogos lalu nyata memberikan pengalaman mengujakan kepada para peminat setelah sekian lama tidak melihat kumpulan itu membuat persembahan.

Memulakan persembahan jam 8.30 malam, penyampai radio IKIMfm yang diwakili Suffian Amrin, Erwan Johari, Ahmad Al Muhsin, Syafiq Salleh dan Faiz Haji Othman membuat penampilan awal bagi menyampaikan dua buah lagu.

Tidak menunggu lama untuk menghangatkan pentas, Devotees tampil dengan lagu pembukaan ‘Berjalan Tanpa Henti’ yang disusuli hampir satu jam 30 minit rangkaian lagu-lagu popular dan malar segar seperti Sahabatku, Mahar Cinta, Luahan Rindu, Tika Dinihari dan Bersama. Persembahan mereka diiringi oleh gitar, gitar bass, drum, keyboard dan perkusi diketuai oleh Joe Visa.

Lebih menarik lagi, persembahan mereka diselangi dengan perkongsian kisah-kisah menarik berkenaan penubuhan kumpulan mereka dan suka duka mereka sepanjang berada dalam industri muzik.

Ahli kumpulan Devotees berkata, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan apabila mereka hanya menjangkakan sekitar 200 penonton yang akan hadir.

Konsert yang dianjurkan bersama Pertubuhan Fitrah Ummah sebagai rakan sinergi dan radio IKIMfm sebagai radio rasmi berjaya menarik lebih 500 penonton dari dalam dan luar negara serta penggiat nasyid.

Selain Devotees, kumpulan nasyid Al-Fateh turut membuat persembahan pada malam tersebut dengan membawakan lagu Rahsia Hati Ibu dan Sahabat, sementara kumpulan Mestica membuat kejutan dengan membawakan lagu Rahmat Ujian dan Destinasi Cinta sebagai mempromosikan konsert yang bakal dijayakan oleh mereka pada Oktober nanti. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025
Next: Percaturan genre rock Hadie menjadi

Berita Lain

aim24-inteam
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

Arif Radzi | NasyidKita 14 September 2025
hazamin-sumud
  • Lokal

Hazamin seru guna medium nasyid sampai mesej keamanan

Arif Radzi | NasyidKita 20 August 2025
devotees-ikim
  • Lokal

‘Setlist’ Showcase Devotees 2025 bakal buat peminat ‘sing-along’

Arif Radzi | NasyidKita 19 August 2025

Viral

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24 aim24-inteam 1
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

14 September 2025
Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh al-fateh-aneepfine 2
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

4 September 2025
5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat dodoian-selawat-ustaz-zoul 3
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

3 September 2025
Percaturan genre rock Hadie menjadi hadie-talk-to-my-manager-minggu-2 4
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

2 September 2025
Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat showcase-devotees-2025 5
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

2 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.