Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Devotees bakal raikan 20 tahun bersama peminat
  • Lokal

Devotees bakal raikan 20 tahun bersama peminat

Arif Radzi | NasyidKita 1 July 2025
showcase-devotees-2025

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Setelah sekian lama menyepi daripada persembahan pentas, kumpulan nasyid popular Devotees bakal bertemu dengan peminat selepas 20 tahun mewarnai industri muzik tanah air.

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman media sosial, Devotees akan mengadakan persembahan istimewa “Showcase Devotees – Dulu Kini Devotees” pada 31 Ogos di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Para peminat berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu nostalgia dari album yang pernah diterbitkan diiringi muzik secara langsung.

Tiket masuk bermula dari RM50 untuk tempat duduk kategori Luahan Rindu, RM60 (kategori Sahabatku), RM70 (kategori Tika Dinihari), RM80 (kategori Mahar Cinta) dan RM90 (kategori Kekasih). Tiket masuk akan mula dijual pada 1 Julai 2025, jam 2 petang menerusi laman web rasmi www.showcasedevotees.com.

Kali terakhir Devotees yang terdiri daripada Muhammad, Shauqi dan Adi Akmal dan Halim Ahmad berada di pentas bagi persembahan-persembahan utama ialah pada pertandingan realiti televisyen, Gema Gegar Vaganza pada 2018 dan berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: ‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio
Next: Musafir Inteam ke Algeria harumkan nama Malaysia

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.