Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

concert-mestica-banner

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • ‘Setlist’ Showcase Devotees 2025 bakal buat peminat ‘sing-along’
  • Lokal

‘Setlist’ Showcase Devotees 2025 bakal buat peminat ‘sing-along’

Arif Radzi | NasyidKita 19 August 2025
devotees-ikim

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Menjelang Showcase Devotees 2025 yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini, kumpulan nasyid Devotees berkongsi keterujaan mereka untuk menjayakan persembahan pentas dengan menyenaraikan ‘setlist’ lagu yang bakal dinyanyikan oleh mereka.

Tidak dapat dipastikan senarai yang dikongsikan adalah mengikut turutan persembahan atau sekadar susunan rawak, lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam tersebut adalah Mencari Cinta, Berjalan Tanpa Henti, Sahabatku, Mahar Cinta, Luahan Rindu, Setiap Kali, Lament, Erti Bahagia, Kekasih, Tika Dinihari dan Bersama. Lebih menarik, persembahan Devotees bakal diiringi oleh gitar, gitar bass, drum, keyboard dan perkusi.

Sebelum ini, jualan tiket bagi fasa 1 mendapat sambutan yang menggalakkan pada 1 Julai lalu apabila berjaya menjual kesemua tiket dalam tempoh satu hari. Pembeli-pembeli tiket telah mendapat emel notifikasi berkenaan tiket, tempat duduk dan kaedah pendaftaran bermula Isnin lalu.

Bagi memberi ruang kepada peminat yang ingin hadir, Showcase Devotees membuka jualan tiket fasa 2 bagi kategori tempat duduk ‘Bersama’. Tinjauan NasyidKita mendapati masih terdapat tiket yang belum terjual bagi kategori tempat duduk tingkat atas tersebut bagi peminat-peminat yang mahu mendapatkan tiket di saat-saat akhir.

Showcase Devotees yang bakal berlangsung Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak itu bakal menggabungkan Muhammad, Shauqi dan Adi Akmal dan Halim Ahmad selepas lama tidak menjayakan persembahan pentas sebelum ini. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: AIM24 saksi persaingan sengit karya munsyid
Next: Hazamin seru guna medium nasyid sampai mesej keamanan

Berita Lain

konsert-unic-2025
  • Lokal

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini

Arif Radzi | NasyidKita 10 October 2025
konsert-inteam-2025
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025

Viral

Berjaya bertahan, Hadie tempat kelima TTMM hadie-ttmm-grand-finale 1
  • Skrin

Berjaya bertahan, Hadie tempat kelima TTMM

13 October 2025
Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini konsert-unic-2025 2
  • Lokal

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini

10 October 2025
Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM hadie-marsya-ttmm 3
  • Skrin

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM

6 October 2025
Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 4
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam konsert-inteam-2025 5
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

29 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.