KUALA LUMPUR, 10 Disember – Separuh Akhir Carta 114 yang akan berlangsung pada 13 Disember ini menyaksikan 16 lagu bakal berentap bagi merebut slot ke Anugerah Carta 114.
Lagu-lagu yang akan bersaing adalah Jom Berdoa nyanyian Darwish & UNIC, Jom Solat (UNIC, Aniq Muhai & Naufal Isa), Kudus Palestin (Lah Ahmad & Inteam), Rahib dan Singa (Rabithah & Fitri Haris) dan Perjalanan (Putra Aiman & Haikal Iman).
Cerita Cinta Kita nyanyian kumpulan Fine juga akan turut bersaing bersama-sama lagu Khaybar Ya Yahood (Imagi, Fendymojo & Fadzli Fareast), Berantakan (Aswan Anwar & Mahdi Rabithah), Balaklava (Fetya) dan Taubat Pendosa (Dzikran).
Selain itu, lagu Inang Rindu Baginda nyanyian Munif Ahmad, Ketika Hanya NamaMu (Halim Ahmad), Satu Tubuh (Aniq Muhai), Bila Sudah Jatuh Cinta (Naufal Isa), Asma’ Abu Bakar (Mateen) dan Sebelum Mata Terpejam Selamanya (Yusuf Kassim) melengkapkan senarai lagu di peringkat separuh akhir.
Pengundian lagu yang layak ke separuh akhir dibuka pada 1 Disember selama seminggu, melibatkan 25 lagu yang pernah menjadi juara carta. Separuh Akhir Carta 114 akan disiarkan menerusi TVAlhijrah pada jam 9 malam. – NasyidKita
