Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Siar Raya
  • SalamFM rai ulangtahun ke-16
  • Siar Raya

SalamFM rai ulangtahun ke-16

Arif Radzi | NasyidKita 15 February 2025
SALAM-FM-16-TAHUN

KUALA LUMPUR, 15 Februari – Saluran radio milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), SalamFM meraikan sambutan ulangtahun ke-16 pada Jumaat lalu.

Sambutan yang sederhana tetapi meriah itu telah berlangsung di konti radio tersebut dengan kehadiran Penolong Pengarah Kanan Cawangan Radio, Muhammad Sariman Abd Manap dan pemenang tempat pertama kategori tilawah bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 2024, Ustaz Husaini Mahmur yang tampil dalam segmen khas Salam Tilawah bersama penyampai DJ Farhana.

Dari kiri : Ustaz Husaini Mahmur & Penolong Pengarah Kanan, Muhammad Sariman Abd Manap
Dari kiri : DJ Yunie Yunos, DJ Maria, DJ Farhana, DJ Suhaila, DJ Zira
Dari kiri : DJ Arif Radzi, DJ Farhana, DJ Yunie Yunos, DJ Ahnaf Bakar

Lebih menceriakan suasana, SalamFM tidak ketinggalan berinteraksi secara santai bersama penyampai radio dan penerbit rancangan seperti DJ Ahnaf Bakar, DJ Arif Radzi, DJ Yunie Yunos, DJ Zira, DJ Maria dan ramai lagi untuk bertanyakan pengalaman bersama Bahagian Penyiaran JAKIM.

Siaran istimewa itu bukan sahaja disiarkan menerusi frekuensi-frekuensi kebangsaan dan di aplikasi RTMKlik, tetapi turut disiarkan di TikTok rasmi mereka yang rata-ratanya adalah pendengar dan pengikut setia radio itu.

Dalam pada itu, SalamFM juga turut mengumumkan pengenalan segmen baharu dan perubahan waktu segmen sedia ada bagi memastikan stesen radio itu kekal relevan dengan kandungan bermutu tinggi dan berinformasi untuk para pendengar. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Sahmura Kinabalu bakal singkap perjalanan penasyid Sabah
Next: Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025

Berita Lain

carta-ikimfm-2025
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
BAROKAH-AL-QURAN
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.