Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Karyawara
  • Purnama selepas Bintang, Aeydan keluar single baharu
  • Karyawara

Purnama selepas Bintang, Aeydan keluar single baharu

Arif Radzi | NasyidKita 4 February 2025
PURNAMA-AEYDAN

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Selepas kejayaan eksperimentasi lagu Bintang, kumpulan nasyid Aeydan kini tampil dengan single terbaharu mereka bertajuk Purnama.

Menurut kumpulan itu, Purnama berkisarkan sebuah karya agung yang mengangkat tema cinta sejati terhadap Baginda Rasulullah SAW.

“Berbeza dengan lagu sebelumnya, Purnama menyampaikan mesej yang lebih terus dan jelas, menonjolkan keindahan akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi sejati umat Islam,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Lirik yang dihasilkan oleh pencipta lirik Ito Lara dan dipadukan dengan melodi mempersonakan hasil sentuhan komposer Hafiz Hamidun diharapkan dapat menyentuh jiwa para pendengar nasyid.

“Sokongan dan harapan Aeydan terhadap kemunculan single terbaru Purnama adalah agar lagu ini menjadi asbab kepada Aeydan, semua pendengar dan peminat untuk terus mencintai serta merindui junjungan besar Nabi Muhammad SAW seterusnya memperoleh syafaat daripada baginda SAW,” kata kumpulan itu.

Aeydan merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada lima anak muda berbakat besar iaitu Ilham, Izwan, Farhan, Haikal dan Fardeen yang merupakan anak-anak kepada anggota kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

Dilancarkan secara rasmi pada 27 Januari lalu, Purnama boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi mereka, Aeydan Channel dan dapat didengar di semua platform digital. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Sirih Pulang ke Gagang juara Anugerah Carta 114
Next: Video muzik Abu Ubaidah diturunkan platform Youtube

Berita Lain

PERCAYA-ADAM
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

Arif Radzi | NasyidKita 23 September 2025
al-fateh-aneepfine
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

Arif Radzi | NasyidKita 4 September 2025
dodoian-selawat-ustaz-zoul
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

Arif Radzi | NasyidKita 3 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.