Skip to content
9 August 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Lokal
  • ‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan
  • Lokal

‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan

Arif Radzi | NasyidKita 2 January 2025 1 min read
putra-aiman-haikal-iman

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Selepas dua bulan tayangan muzik video lagu ‘Perjalanan’, pendatang baharu industri nasyid, Putra Aiman dan Haikal Iman boleh berbangga dengan jumlah tontonan lagu itu yang mencapai lebih setengah juta di Youtube.

Berita gembira ini diluahkan menerusi Facebook Munif Ahmad pada 31 Disember lalu. Lagu Perjalanan menerima sentuhan Munif Ahmad dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Rata-rata yang menonton muzik video ‘Perjalanan’ memuji jalan cerita muzik video berdurasi 5 minit itu dan berkongsi situasi kehidupan yang sama. Para peminat juga menyifatkan kedua-dua munsyid mempunyai aura luar biasa seperti Munif Ahmad, sambil memuji lirik ‘Perjalanan’ yang menyentuh perasaan.

 

Putra Aiman, 24 dan Haikal Iman, 22 merupakan anak pertama dan kedua pasangan Munif Hijjaz dan isterinya. Putra Aiman adalah bekas penuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam jurusan Perniagaan Digital, manakala Haikal Iman baru selesai menamatkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam jurusan Pentadbiran Diplomatik.

Single Perjalanan dapat ditonton di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel dan di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Haikal Iman Hijjaz Lagu Perjalanan Munif Ahmad Munif Hijjaz Perjalanan Putra Aiman

Continue Reading

Previous: Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024
Next: Nana Mahazan ahli baharu ZAYAN

Berita Lain

konsert-mestica-uitm
1 min read
  • Lokal

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert

Arif Radzi | NasyidKita 8 August 2025
nazrey-johani-2025
2 min read
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

Arif Radzi | NasyidKita 31 July 2025
KONSERT-RABBANI-2025
1 min read
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

Arif Radzi | NasyidKita 28 July 2025

Viral

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert konsert-mestica-uitm 1
  • Lokal

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert

8 August 2025
Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung nazrey-johani-2025 2
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

31 July 2025
Rabbani bakal adakan konsert September ini KONSERT-RABBANI-2025 3
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

28 July 2025
Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025 FNKSS-2025 4
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

27 July 2025
‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan? BAROKAH-AL-QURAN 5
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

21 July 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.