Skip to content
1 August 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Lokal
  • Lagu Nasyid Terbaik AIM24 bakal terima dana DKK
  • Lokal

Lagu Nasyid Terbaik AIM24 bakal terima dana DKK

Arif Radzi | NasyidKita 4 June 2025 1 min read
aim24-2025

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24 menyaksikan peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) meningkat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM700,000 di bawah MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi untuk 11 kategori berbanding RM320,000 untuk 4 kategori pada edisi ke-23 penganjurannya pada tahun 2022.

Menerusi 11 daripada 31 kategori yang dipertandingkan pada AIM24, penerima anugerah kategori Lagu Nasyid Terbaik adalah antara yang bakal menerima DKK bernilai RM50,000. Pemenang bagi kategori utama Album Terbaik bakal membawa pulang DKK berjumlah RM200,000.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM 24, Rosmin Hashim berkata, bagi menjamin ketelusan pertandingan, seramai 60 hingga 70 juri bebas akan dilantik merangkumi pelbagai bidang kepakaran, termasuk pakar dalam industri perfileman untuk kategori video muzik.

AIM 24 turut memperkenalkan tiga kategori baharu iaitu Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

Pencalonan AIM24 dibuka bagi lagu dan album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024 menerusi laman web rasmi AIM24. Tempoh pencalonan dibuka 4 Jun dan berakhir pada 4 Julai, jam 5 petang.

AIM24 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bertindak sebagai penyiar rasmi bagi malam anugerah tersebut yang dijangka akan berlangsung pada 13 September ini. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: AIM AIM24 Anugerah Industri Muzik Anugerah Industri Muzik 24 Lagu Nasyid Terbaik AIM Lagu Nasyid Terbaik AIM24

Continue Reading

Previous: IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank
Next: Maher Zain kembali dengan Jelajah Asia Tenggara

Berita Lain

nazrey-johani-2025
2 min read
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

Arif Radzi | NasyidKita 31 July 2025
KONSERT-RABBANI-2025
1 min read
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

Arif Radzi | NasyidKita 28 July 2025
FNKSS-2025
2 min read
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

Arif Radzi | NasyidKita 27 July 2025

Viral

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung nazrey-johani-2025 1
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

31 July 2025
Rabbani bakal adakan konsert September ini KONSERT-RABBANI-2025 2
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

28 July 2025
Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025 FNKSS-2025 3
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

27 July 2025
‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan? BAROKAH-AL-QURAN 4
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

21 July 2025
Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos tilawah-al-quran-kebangsaan-2025 5
  • Skrin

Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos

14 July 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.