Skip to content
9 August 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Siar Raya
  • Nana Mahazan ahli baharu ZAYAN
  • Siar Raya

Nana Mahazan ahli baharu ZAYAN

Arif Radzi | NasyidKita 4 January 2025 1 min read
fnn-zayan-2025

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Personaliti televisyen, Nana Mahazan diumumkan sebagai penyampai baharu radio Islamik kendalian Astro Radio, ZAYAN. Beliau akan digandingkan dengan Faizal Ismail untuk slot pagi baharu, FnN bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Pengumuman perubahan barisan penyampai slot pagi diumumkan sendiri oleh Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor yang turut disiarkan di TikTok ZAYAN pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, berkata perubahan slot pagi adalah seiring dengan peredaran masa dengan penampilan seorang penyampai radio wanita berbanding hanya barisan penyampai lelaki untuk slot tersebut sepanjang 7 tahun ZAYAN bersiaran. Perubahan itu juga adalah berdasarkan maklumbalas daripada pendengar yang mahukan kandungan baharu bagi tahun 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Mengimbas kembali perjalanan seni Nana Mahazan, pemilik nama Nurul Hana Che Mahazan merupakan bekas pelajar program realiti popular Akademi Fantasia yang berjaya digilap sebagai pengacara televisyen dan penyampai radio. Beliau pernah menjadi penyampai Era FM dan Xfm sebelum berhenti dalam industri radio.

Dalam perkembangan sama, bekas penyampai segmen pagi, Anas Tahir akan menyerikan slot 3 petang hingga 7 petang, manakala Farhira yang sebelum ini mengendalikan slot 8 malam hingga 12 tengah malam akan mengendalikan slot hujung minggu. Penyampai slot 10 pagi hingga 3 petang, Lin Ariffin kekal mengendalikan slot yang sama pada tahun ini.

ZAYAN merupakan radio Islamik yang telah bersiaran pada tahun 2017, memfokuskan lagu-lagu berunsur nasyid dan ketuhanan oleh penyanyi tempatan dan antarabangsa serta pengisian kandungan Islamik. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Astro Radio Nana Mahazan Zayan Zayan FM

Continue Reading

Previous: ‘Perjalanan’ raih setengah juta tontonan
Next: Mihrab Cinta karya tahun baharu Munif Ahmad

Berita Lain

BAROKAH-AL-QURAN
1 min read
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
1 min read
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025
IKIMFM-AGROBANK-2025
1 min read
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

Arif Radzi | NasyidKita 23 May 2025

Viral

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert konsert-mestica-uitm 1
  • Lokal

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert

8 August 2025
Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung nazrey-johani-2025 2
  • Lokal

Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

31 July 2025
Rabbani bakal adakan konsert September ini KONSERT-RABBANI-2025 3
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

28 July 2025
Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025 FNKSS-2025 4
  • Lokal

Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025

27 July 2025
‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan? BAROKAH-AL-QURAN 5
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

21 July 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.