Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos
  • Skrin

Persaingan MTHQA 2025 bermula 2 Ogos

Arif Radzi | NasyidKita 14 July 2025
tilawah-al-quran-kebangsaan-2025

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) akan diadakan pada 2 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam ucapan Pra-Perasmian MTHQA ke-65 berkata, seramai 40 orang peserta meliputi 26 lelaki dan 14 perempuan yang mewakili kategori Tilawah Al-Quran dan 32 orang peserta meliputi 20 lelaki dan 12 perempuan kategori Hafazan akan menyertai MTHQA yang dijadualkan selama 8 hari itu.

Bertemakan Membangun Ummah MADANI, majlis perasmian pertandingan tahunan itu akan berlangsung pada jam 8.55 malam, 2 Ogos, manakala Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah akan berlangsung pada 8 Ogos, jam 10 pagi di lokasi sama.

Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan daripada negeri Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Terengganu) akan mewakili Malaysia bagi kategori Tilawah Al-Quran, manakala Muhammad Adib Ahmad Rozaini (Perak) dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif (Kelantan) akan mewakili negara bagi kategori Hafazan 1 hingga 30 juzuk. Penilaian daripada segi tajwid, fasahah, taranum, suara, kelancaran dan ketepatan hafazan akan diadili oleh 16 orang juri dari dalam dan luar negara.

Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran akan menerima wang tunai RM40 ribu, tempat kedua sebanyak RM30 ribu, tempat ketiga sebanyak RM20 ribu dan saguhati sebanyak RM3 ribu. Kesemua peserta akan mendapat hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Bagi menyemarakkan program yang bakal berlangsung, Quran Hour @ MTHQA akan berlangsung pada 4 Ogos, World Quran Symposium bersama Sheikh Dr. Salah bin Muhammad Al-Budair (7 Ogos) dan JUM Podcast JAKIM (7 Ogos), manakala inisiatif kreatif bacaan Al-Quran terpanjang menerusi laluan keretapi KL Sentral – Hatyai bakal mencatatkan rekod Malaysia Book of Records. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Senarai kepimpinan baharu MUNSYID Malaysia 2025-2026
Next: ‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Berita Lain

hadie-talk-to-my-manager-minggu-2
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025
mualim-muda-2025
  • Skrin

Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025

Arif Radzi | NasyidKita 1 September 2025
hadie-ina-naim-week-1
  • Skrin

Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager

Arif Radzi | NasyidKita 25 August 2025

Viral

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24 aim24-inteam 1
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

14 September 2025
Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh al-fateh-aneepfine 2
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

4 September 2025
5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat dodoian-selawat-ustaz-zoul 3
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

3 September 2025
Percaturan genre rock Hadie menjadi hadie-talk-to-my-manager-minggu-2 4
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

2 September 2025
Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat showcase-devotees-2025 5
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

2 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.