
KUALA LUMPUR, 4 Januari – Industri nasyid memulakan tahun baru dengan kemunculan lagu baharu vokalis kumpulan nasyid Hijjaz, Munif Ahmad dengan penampilan Mihrab Cinta.
Mihrab Cinta menerima sentuhan komposer daripada beliau sendiri, manakala Rafiuddin Rohani & Atie merupakan penulis lirik lagu ini.
Mihrab Cinta mengangkat tema pemerkasaan masjid sebagai sebuah pusat ibadah dan komuniti setempat, di samping menyampaikan mesej ‘masjid untuk semua’ dengan muzik yang ceria dan amat menarik. Muzik video yang dirakamkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong ini telah menerima tajaan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
Muzik video Mihrab Cinta boleh ditonton menerusi platform Youtube Munif Hijjaz Channel, ataupun dapat didengari di semua platform digital. – NasyidKita