Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert
  • Lokal

Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert

Arif Radzi | NasyidKita 8 August 2025
konsert-mestica-uitm

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Konsert yang bakal dijayakan oleh kumpulan nasyid terkenal, Mestica di Dewan Konsert Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam akan mengumpulkan alumni-alumni universiti berkenaan di atas satu pentas.

Bakal mengadakan konsert istimewa “Di Sini Bermula” pada 18 Oktober ini, kumpulan yang dianggotai oleh Muhamad Razin Che Mud, Mohd Khairulnizam Zainol dan Khalil Khusairi Tarmizi masing-masing merupakan pelajar yang menuntut di fakulti yang berbeza. Razin merupakan alumni daripada Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Khairul (Fakulti Sains Sukan & Rekreasi) dan Khalil (Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan) daripada universiti berkenaan.

Konsert ini bakal mengimbau perjalanan seni kumpulan tersebut sejak mula bertapak dalam industri muzik nasyid tempatan. Peminat berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu popular Mestica yang pernah menjadi siulan ramai seperti Layar Keinsafan, Destinasi Cinta dan Badar 313, selain penonton akan menikmati susunan muzik baharu yang lebih segar.

Tiket konsert telah mula dijual menerusi platform mestica.ubertickets.asia dengan harga serendah RM150.

Dewan Konsert Sri Budiman yang terbukti sebagai lokasi tumpuan penggiat-penggiat seni terutamanya konsert dan acara-acara besar kendalian Universiti Teknologi MARA Shah Alam mampu menampung 500 penonton pada satu-satu masa.  – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung
Next: AIM24 saksi persaingan sengit karya munsyid

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.