Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Maher Zain kembali dengan Jelajah Asia Tenggara
  • Lokal

Maher Zain kembali dengan Jelajah Asia Tenggara

Arif Radzi | NasyidKita 17 June 2025
maher-zain-malaysia-2025

KUALA LUMPUR, 17 Jun (BERNAMA) – Penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Lubnan-Sweden, Maher Zain bakal mengadakan konsert di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura, Ogos ini selepas enam tahun tidak berkunjung ke negara ini.

Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 itu akan menyaksikan Maher, 44, tampil di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, pada 16 Ogos; The Star Theatre, Singapura (21 Ogos) dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah (23 Ogos).

Pelantun yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur kerohanian seperti Insha Allah, Baraka Allahu Lakuma dan Thank You Allah itu, turut dijangka membawakan karya terbaharunya iaitu Qalbi Fil Madinah dan Rahmatun Lil’Alameen dalam konsert jelajah yang dianjurkan oleh Yayasan Tengku Abdullah (YTA).

Maher berkata beliau sangat teruja untuk kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert istimewa itu, sekali gus menghiburkan peminat yang sudah lama merindukan kemunculannya.

“Malaysia merupakan bab yang sangat penting dalam kerjaya saya, mungkin lebih bermakna berbanding negara lain. Hanya segelintir artis yang boleh berkata bahawa sesebuah negara telah memainkan peranan sebesar ini dalam membentuk permulaan kerjaya nyanyian mereka,” katanya pada sidang media secara maya bersama media tempatan, baru-baru ini.

Sementara itu, wakil barisan pengurusan kanan YTA Dr Mohd Afiq Farhan Md Hanif berkata konsert tersebut bukan sekadar hiburan, malah menjadi medium menyampaikan mesej kasih sayang, perpaduan dan harapan yang melangkaui sempadan budaya dan komuniti.

“Di YTA, kami percaya pada kepentingan memupuk masyarakat yang menghargai seni, ekspresi positif dan nilai-nilai murni. Konsert ini bukan sahaja tentang hiburan, tetapi juga untuk menyebarkan mesej kasih sayang, kecekalan dan harapan yang melangkaui pentas,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.maherzainseatour.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan konsert dan tiket. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Lagu Nasyid Terbaik AIM24 bakal terima dana DKK
Next: ‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.