KUALA LUMPUR, 4 November – Konsert Nostalgia Serikandi yang bakal berlangsung pada tahun hadapan bakal menggabungkan dua kumpulan nasyid popular, Hijjaz dan UNIC dengan lagu-lagu bertemakan tokoh dan serikandi Islam.
Lebih menarik, konsert yang bakal berlangsung pada 10 Januari tahun hadapan itu bakal mengulangi persembahan pentas kedua-dua kumpulan itu apabila Konsert Lagenda Nadamurni akan berlangsung pada 7 Disember dan Konsert This Is UNIC pada 20 Disember tahun ini.
Konsert Nostalgia Serikandi akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya yang mampu memuatkan hampir 6 ribu penonton pada satu masa.

Setakat ini, jualan tempat duduk bagi kategori ‘Permaisuri Hatiku’ dan ‘Sebuah Pertemuan’ telah habis dijual, manakala empat kategori lain iaitu ‘Sumayyah’, ‘Aisyah Humairah’, ‘Puteriku Sayang’ dan ‘Atas Nama Cinta’ masih terbuka untuk pembelian.
Peminat nasyid yang ingin mendapatkan tiket konsert boleh melayari laman web Ticket2U. – NasyidKita
