Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Rabbani bakal adakan konsert September ini
  • Lokal

Rabbani bakal adakan konsert September ini

Arif Radzi | NasyidKita 28 July 2025
KONSERT-RABBANI-2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kumpulan nasyid legenda, Rabbani bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar, “Konsert Intifada Rabbani” bagi meraikan penubuhan lebih dua dekad kumpulan itu.

Konsert yang bakal berlangsung pada 20 September ini akan membawa mesej perjuangan dan nilai kemanusiaan, di samping menelusuri perjalanan kumpulan nasyid popular itu. Menerusi durasi dua jam konsert tersebut, peminat akan dibawakan dengan pelbagai segmen-segmen menarik yang akan membawa kenangan peminat nasyid tempatan.

Antara yang bakal menanti penonton konsert adalah segmen penghargaan khas kepada anggota Rabbani yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang dikenang sebagai figura penting dalam dunia nasyid tanah air.

Bakal diadakan di lokasi Idea Live Arena, Petaling Jaya yang dijangka dapat memuatkan tujuh ribu penonton dalam satu masa akan menyediakan kelengkapan teknikal bertaraf antarabangsa dijanjikan dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir. Persembahan mereka turut akan menawarkan elemen visual yang dapat menyentuh hati, terutamanya perjuangan rakyat Palestin.

Konsert berdurasi dua jam itu akan menampilkan 10 buah lagu popular seperti Intifada, Satu Qiblat Yang Sama dan Pergi Tak Kembali, termasuk persembahan khas bersama artis jemputan seperti kumpulan Brothers, Yabang, dan Aeydan.

Tiket-tiket bermula daripada RM150 akan mula dijual secara rasmi pada 31 Julai ini di platform Ticket2U dan Fantopia.io. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Najwan, Soutul Azim juara FNKSS 2025
Next: Nazrey Johani masuk hospital akibat sakit jantung

Berita Lain

aim24-inteam
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

Arif Radzi | NasyidKita 14 September 2025
showcase-devotees-2025
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025
hazamin-sumud
  • Lokal

Hazamin seru guna medium nasyid sampai mesej keamanan

Arif Radzi | NasyidKita 20 August 2025

Viral

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24 aim24-inteam 1
  • Lokal

Inteam dominasi Vokal Berkumpulan Terbaik AIM24

14 September 2025
Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh al-fateh-aneepfine 2
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

4 September 2025
5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat dodoian-selawat-ustaz-zoul 3
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

3 September 2025
Percaturan genre rock Hadie menjadi hadie-talk-to-my-manager-minggu-2 4
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

2 September 2025
Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat showcase-devotees-2025 5
  • Lokal

Showcase Devotees kembalikan nostalgia peminat

2 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.