Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua
  • Lokal

Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua

Arif Radzi | NasyidKita 23 May 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Penguasaan kumpulan nasyid popular Inteam dalam industri nasyid tanah air terbukti apabila Konsert Kasih Kekasih menerima sambutan hangat daripada peminat.

Buktinya, tiket konsert yang bakal meraikan ulangtahun ke-25 kumpulan tersebut habis terjual dalam tempoh dua jam selepas jualan dibuka kepada peminat pada jam 3 petang, 22 Mei lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh kumpulan Inteam menerusi plaform media sosial mereka.

“Diumumkan (tiket) Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis dijual dalam masa dua jam. Terima kasih atas sokongan semua, mohon maaf kepada yang tidak berjaya,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menyuarakan perasaan teruja kerana berjaya mendapatkan tiket, dan ada juga peminat yang meminta untuk diadakan hari kedua kerana tidak berkesempatan untuk membuat pembelian.

“Tolong buat (konsert) hari kedua. Saya sanggup datang dari Sarawak.

“Pertama kali berebut (beli tiket) konsert. Sudah dapat 2 tempat, nak bayar pula tak lepas.

“Lepas ini boleh buat di tempat yang lebih besar,” antara komen netizen.

Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun bakal diadakan pada 27 September di Zepp Kuala Lumpur. Bertemakan “Cinta Ilahi, Sayangi Nabi, Kasih Insani,” konsert ini bakal mengembalikan nostalgia perjalanan kumpulan ini daripada album pertama mereka, Kasih Kekasih. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: SalamFM perkenal program baharu 2025
Next: IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.