Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

concert-mestica-banner

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
konsert-inteam-2025

KUALA LUMPUR, 29 September – Konsert Kasih Kekasih Inteam yang berlangsung di Idea Live Arena dekat sini membuktikan penguasaan kumpulan berkenaan dalam kalangan peminat industri nasyid tanah air.

Setelah 25 tahun berjuang dalam medan seni dakwah, kumpulan nasyid tersebut membuktikan kemampuan memukau lebih 5,000 penonton dalam konsert berdurasi hampir tiga jam itu.

Bertemakan Cinta Ilahi, Sayang Nabi dan Kasih Insani, konsert ini berjaya mengumpulkan para peminat yang telah hadir seawal jam 3 petang dengan pakaian berwarna merah jambu dan ungu.

Tampil dengan busana serba putih dan blazer merah jambu, ahli kumpulan yang terdiri daripada Mohd. Syahril Abdul Khalid, Abdul Rahim Osman, Hisyam Ahmad dan Hazamin Harun memulakan persembahan dengan lagu Nur Kasih, diikuti Siti Khadijah dan Akrab Persahabatan.

Antara lagu lain yang didendangkan sepanjang persembahan itu adalah medley SentuhanMu, Doa Seorang Kekasih dan Hembusan Kasturi, Kalimah Cinta, Ya Rabbi Ya, Solatullah dan Setanggi Syurga.

Kehadiran Khai Bahar sebagai artis undangan menerima sorakan gemuruh apabila mereka berpadu suara dalam Impian Kasih dan Rabiatul Adawiyah, manakala Sallman Elkhoyri yang merupakan anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad turut membawakan lagu Kias Cinta 2.0 dalam segmen tribute khas.

Antara artis jemputan lain yang membuat persembahan adalah Syed Iqbal, Ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Zakiyuddin Hanafi, Yusuf Kassim dan Mateen.

Mengakhiri konsert, kumpulan tersebut membawakan lagu Kasih Kekasih dan dinyanyikan oleh seluruh penonton pada malam tersebut.

Inteam tidak mengambil masa yang lama bagi memberi kejutan dengan mengumumkan bakal menganjurkan Konsert Nur Kasih di lokasi yang lebih besar di Axiata Arena Bukit Jalil pada 1 Februari 2026 pada malam tersebut. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni
Next: Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM hadie-marsya-ttmm 1
  • Skrin

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM

6 October 2025
Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 2
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam konsert-inteam-2025 3
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 4
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 5
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.