KUALA LUMPUR, 28 Disember – Gabungan suara Imaji, Fendymojo dan Fadzli Fareast dalam lagu Khaybar Ya Yahood berjaya menduduki gelaran juara pada Anugerah Carta 114 yang berlangsung di Pusat Penyiaran Digital TVAlhijrah, dekat sini semalam.
Khaybar Ya Yahood yang berjaya menewaskan 7 lagu lain dalam rancangan tersebut membawa pulang wang tunai RM30 ribu dan trofi.
Kumpulan Inteam dan Lah Ahmad menerusi lagu Kudus Palestin berjaya merangkul gelaran vokal terbaik, manakala lagu Balaklava nyanyian kumpulan Fetya berjaya merangkul Persembahan Terbaik. Kedua-dua pemenang kategori membawa pulang wang tunai RM10 ribu dan trofi.



Nama-nama lain yang turut bertanding pada Anugerah Carta 114 2025 adalah Aniq Muhai, duo Aswan Anwar dan Mahdi Rabithah, Rabithah dan Fitri Haris, UNIC dan Naufal Isa serta kumpulan Fine. – NasyidKita
