Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Karyawara
  • ‘Keagungan’ tanpa Hisyam, pertaruhan terbaharu Inteam
  • Karyawara

‘Keagungan’ tanpa Hisyam, pertaruhan terbaharu Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 7 December 2024
INTEAM-KEAGUNGAN-2024

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengkarya-pengkarya dalam industri nasyid terus menghasilkan lagu-lagu nasyid menjelang penghujung tahun 2024. Kumpulan nasyid popular, Inteam juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lagu nasyid terbaharu berjudul ‘Keagungan’ bersama penyanyi, Farid Sanullah.

Dihasilkan oleh komposer Firoz Sanullah & Farid Sanullah dan lirik daripada Firoz Sanullah, lagu ini dirakamkan di Perth, Australia disamping turut dirakamkan di Studio Inteam, Bandar Sri Damansara.

Walaupun Hisyam, salah seorang ahli kumpulan Inteam tiada di dalam lagu ini disebabkan kekangan masa beliau, namun lagu ‘Keagungan’ ini berjaya membawakan muzik dan bunyi lebih segar dengan kehadiran Farid Sanullah yang  membawa ‘warna’ muzik yang berbeza berbanding karya Inteam sebelum ini.

Farid Sanullah, anak Malaysia yang menetap di Perth, Australia juga popular dengan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan seperti Don’t Forget Allah dan Subhanallah.

Menariknya untuk lagu kali ini, Inteam dan Farid Sanullah telah menjalani penggambaran muzik video di Australia Barat, Australia. Diarahkan oleh Rasyid Amir, muzik video ini membawakan keindahan alam semulajadi yang amat mempesonakan seperti Tapak Perkhemahan Sues Bridge di Schroeder dan Sungai Moore, disulami dengan lirik membesarkan Allah SWT.

Para peminat kumpulan Inteam dan Farid Sanullah boleh mendengarkan lagu Keagungan yang telah disiarkan di semua platform digital Inteam Digital bermula 6 Disember lalu.

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: ‘Kembali’ juara VIPKI Harmoni 2024
Next: Johan Tilawah Al-Quran kini isteri mutawif

Berita Lain

PERCAYA-ADAM
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

Arif Radzi | NasyidKita 23 September 2025
al-fateh-aneepfine
  • Karyawara

Ubati kekecewaan, Terus Melangkah karya sulung Al-Fateh

Arif Radzi | NasyidKita 4 September 2025
dodoian-selawat-ustaz-zoul
  • Karyawara

5 tahun Ustaz Zoul ‘peram’ Dodoian Selawat

Arif Radzi | NasyidKita 3 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.