Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Antarabangsa
  • Musafir Inteam ke Algeria harumkan nama Malaysia
  • Antarabangsa

Musafir Inteam ke Algeria harumkan nama Malaysia

Arif Radzi | NasyidKita 2 July 2025
inteam-algeria

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam, mencipta sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan melakukan persembahan pentas dalam Festival Nasyid Antarabangsa (Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali) yang berlangsung di Constantine, Algeria baru-baru ini.

Penyertaan kumpulan ini adalah atas jemputan rasmi Kementerian Kebudayaan dan Ketua Pemerintah Wilayah Constantine, sekali gus menandakan kemunculan sulung Inteam di bumi Afrika Utara itu.

Perjalanan selama 24 jam daripada Kuala Lumpur melalui tiga penerbangan ke Dubai dan Algiers sebelum tiba ke Constantine nyata memberikan semangat kepada kumpulan itu untuk melakukan persembahan terbaik di sana.

Mengenakan busana tradisional Melayu yang menonjolkan warisan Nusantara, Inteam yang dianggotai oleh Syah, Hazamin dan Rahim turut menerima penampilan Ustaz Husaini Mahmur bagi menggantikan Hisyam yang tidak dapat hadir atas komitmen kerja di Malaysia.

Inteam yang mewakili negara Malaysia mendendangkan beberapa buah lagu seperti Dia Muhammad, Taybah, Setanggi Syurga, Solatullah dan Qamarun secara duet bersama Sheikh Sayed Arshid, seorang penyanyi asal Syria yang kini menetap di Malaysia.

Paling mencuri perhatian adalah nyanyian lagu Ya Hanana yang menggamit penonton untuk berqasidah bersama-sama. Malah lagu tersebut diminta untuk dinyanyikan semula di penghujung persembahan mereka.

Mahrajan Al-Insyad Al-Duwali merupakan sebuah festival berprestij menghimpunkan munsyid-munsyid seluruh dunia untuk memperkenalkan persembahan muzik dan budaya yang tersendiri dan pelbagai. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Devotees bakal raikan 20 tahun bersama peminat
Next: Razin Mestica letak jawatan Presiden MUNSYID Malaysia

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.