Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Siar Raya
  • IKIMfm tawar pembaharuan kandungan
  • Siar Raya

IKIMfm tawar pembaharuan kandungan

Arif Radzi | NasyidKita 6 January 2025
IKIMFM-2025

KUALA LUMPUR, 6 Januari – Radio Islamik nombor 1 di Malaysia, IKIMfm bakal mengetengahkan idea-idea lebih segar dengan pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan buat pendengarnya pada tahun ini.

Perubahan ini termasuk perubahan personaliti radio pada segmen setiap hari bermula Isnin lalu.

Pemenang Penyampai Radio Popular ABPBH 2023, Tyzo Xander akan bergandingan dengan Al-Muhsin, pemenang pencarian penyampai IKIMfm 2024 dan Norhayati Paradi untuk segmen Inspirasi Pagi, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Segmen Kembara Inspirasi yang dikendalikan sebelum ini oleh Mona Jasman pada 4 petang hingga 7 malam akan dikendalikan oleh bekas penyampai segmen pagi, Suffian Amrin. Mona Jasman akan kekal penerbit rancangan-rancangan berbahasa Arab dan rancangan di dalam segmen Kembara Inspirasi.

Sementara itu, personaliti radio untuk segmen Inspirasi Ilmu bagi siaran 10 pagi hingga 1 tengah hari, Inspirasi Jiwa (1 tengah hari hingga 4 petang), Suara Inspirasi (8 malam hingga 12 tengah malam), English Section (5 petang hingga 6 petang setiap Sabtu dan Ahad) dan Carta IKIMfm (10 pagi setiap hari Ahad) dikekalkan dengan pendekatan yang lebih segar serta program yang bersifat interaktif.

Antara rancangan baharu yang bakal menemui pendengar adalah Minda Madani bersiaran setiap Isnin, 12.15 tengah hari serta Mihrab (setiap hari Rabu jam 5 petang).

IKIMfm kekal komitmen untuk menyediakan kandungan berunsur keagamaan, disamping kandungan-kandungan gaya hidup berlandaskan Islam seperti pemerkasaan wanita dan keluarga, teknologi serta program berbentuk kemanusiaan.

Selain itu, IKIMfm juga telah merancang untuk turun ke lapangan bagi mempromosikan rancangan-rancangan sehingga ke luar negara bersama rakan-rakan strategik.

IKIMfm merupakan radio Islamik pertama di Malaysia yang bersiaran buat pertama kali pada tahun 2001, menyiarkan lagu-lagu dalam genre nasyid dan ketuhanan di samping membawakan kandungan dakwah dan gaya hidup masa kini. – sumber dari laman IKIMfm. NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Mihrab Cinta karya tahun baharu Munif Ahmad
Next: Ibu Azadan Rabbani meninggal dunia

Berita Lain

carta-ikimfm-2025
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
BAROKAH-AL-QURAN
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.