
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Muhammad Hazamin Harun hari ini dilantik sebagai Presiden baharu Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia) bagi penggal 2025-2026.
Hazamin yang merupakan ahli kumpulan Inteam menggantikan Muhamad Razin Che Mud atau lebih dikenali Razin Mestica yang meletakkan jawatan presiden pada 11 Julai lalu.
Mesyuarat Agung Tahunan MUNSYID Malaysia yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong menyaksikan Hazamin menerima undian tertinggi bagi jawatan tersebut.
MUNSYID Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi sebagai penggerak industri nasyid tempatan. – NasyidKita