Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

concert-mestica-banner

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager
  • Skrin

Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager

Arif Radzi | NasyidKita 25 August 2025
hadie-ina-naim-week-1

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Tangisan dan dakapan Hadie bersama ibunya di segmen penyingkiran program realiti Talk To My Manager nyata menyelubungi perasaan penonton yang menyaksikan program itu.

Namun, anak kepada Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad itu boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku di minggu pertama rancangan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Hadie FC (@hadiefc)

Pengumuman keputusan penyingkiran dilakukan oleh pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi di saluran Astro Ria.

Hadie dan Ina Naim menduduki 3 tempat terendah bersama pasangan anak dan ayah Ara Aziz dan Aziz M. Osman serta pasangan anak dan ibu Athalia dan Sharifah Zarina.

Hadie atau nama sebenar Ehmad Hadie Elfardie menyanyikan lagu Sangkar Derita nyanyian asal Haqiem Rusli dalam persembahannya di minggu pertama. Kredibiliti Hadie bakal teruji di minggu kedua bertemakan ‘Re-Arrangement’ dengan membawakan lagu Rindu Serindu Rindunya nyanyian Spoon.

Talk To My Manager merupakan sebuah rancangan bakat peserta yang merupakan anak kepada ibu atau bapa yang terlibat dalam industri hiburan tanah air. Menggunakan sistem penjurian 100 peratus daripada juri profesional, strategi pengurus kepada peserta membawa 60 peratus, manakala 40 peratus adalah daripada kualiti vokal peserta dan keunikan persembahan.

Penonton juga diberikan peluang untuk mengundi pasangan pilihan melalui Most Valuable Manager of The Week yang bakal memberikan kelebihan kepada pasangan dalam persembahan minggu berikutnya.

Talk To My Manager akan bersiaran secara langsung selama 7 episod dari Auditorium MBSA Shah Alam. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Semarak patriotisme dengan pilihan 5 lagu nasyid
Next: Astro buka ujibakat Mualim Muda 2025

Berita Lain

hadie-marsya-ttmm
  • Skrin

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 6 October 2025
hadie-ina-naim-ttmm
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025

Viral

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini konsert-unic-2025 1
  • Lokal

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini

10 October 2025
Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM hadie-marsya-ttmm 2
  • Skrin

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM

6 October 2025
Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 3
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam konsert-inteam-2025 4
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 5
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.