KUALA LUMPUR, 18 Januari – Dunia seni nasyid tempatan dikejutkan dengan pemergian pengasas NasyidFM dan NasyidKini, Muhammad Firdaus Zamri yang meninggal dunia pada 17 Januari lalu.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Halim Ahmad menerusi perkongsian tangkap layar perbualan bersama ahli keluarga Firdaus di media sosial hari ini.
Firdaus meninggal dunia pada usia 36 tahun.
Firdaus yang pernah bergiat aktif dalam seni nasyid mengasaskan jenama NasyidFM, sebuah radio dalam talian dan portal NasyidKini yang memuatkan berita-berita berkenaan penggiat seni nasyid tempatan. Firdaus juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Awam bagi kumpulan Devotees di samping bergiat aktif dalam Sahabat Hijjaz sebelum tidak lagi aktif di media sosial. – NasyidKita
